Di Amerika Syarikat, White House mempercayai seorang wanita bersama anaknya yang terbunuh apabila komando Amerika Syarikat menyerang dan menembak mati pemimpin al-Qaeda, Osama Laden, adalah seorang daripada isterinya yang menjadi perisai semasa tembakan dilakukan.
“Ketika itu anggota keluarganya berada di pekarangan kediaman mewah berkenaan, terdapat wanita yang bertindak menjadi 'perisai' kepada Osama yang ketika itu dihujani peluru," kata Brennan.
Tangkap hidup-hidup
Menurutnya, pihaknya masih belum pasti sama ada anak Osama atau isterinya bertindak menghalang tembakan itu dalam kejadian serangan berkenaan.
“Daripada gambaran yang diperoleh, Osama yang kononnya berjuang sebenarnya hidup dalam rumah berjuta dollar, tinggal di kawasan mewah yang jauh berbeza dari anggotanya yang berjuang dan bersembunyi di belakang wanita yang menjadikan diri mereka perisai untuknya," katanya.
Menurutnya, pihaknya masih belum pasti sama ada anak Osama atau isterinya bertindak menghalang tembakan itu dalam kejadian serangan berkenaan.
"Anggota pasukan elit AS, Navy SEAL bersedia untuk sebarang kemungkinan jika dia menyerah diri.
"Namun dia menentang sepanjang pertempuran dan akhirnya terbunuh setelah ditembak di kepala," katanya. (Malaysiakini)
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.