Mengenai isu nafkah hidup yang diberikan oleh anak-anak kepada ibu bapa mereka, kerajaan Malaysia mungkin akan mengkaji keperluan mewujudkan satu undang-undang yang bakal mewajibkan anak-anak memberi nafkah hidup kepada ibu bapa mereka, sekiranya terdapat keperluan dan keadaan yang mendesak. Contohnya jika terdapat aduan terdapat anak-anak yang mengabai kebajikan dan keperluan orang tua mereka.
Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd Fazari Mohd Salleh bagaimanapun berkata, sebarang saranan ke arah mewujudkan undang-undang sedemikian harus terlebih dahulu mengambil kira dari segi implikasi keseluruhan terhadap hubungan ibu bapa dan anak-anaknya dalam jangka panjang.
Katanya JKM melihat kesedaran menyeluruh semua pihak khususnya anak-anak terhadap tanggungjawab ke atas ibu bapa mereka sebagai pendekatan yang lebih sesuai untuk menangani isu ini.
Bawah dasar berkenaan, tumpuan kini akan menjurus kepada usaha menyediakan warga tua ke arah penuaan yang lebih aktif lagi produktif, kesepaduan dari segi hubungan antara generasi muda dan warga tua serta penekanan kepada aspek penyelidikan pembangunan dalam program-program yang dianjurkan.
Sehubungan itu, Mohd Fazari memberitahu masalah warga tua yang hidup merempat mungkin dapat dielakkan jika warga tua membuat persediaan yang lebih awal semasa zaman mudanya. (Bernama)
Ulasan
Catat Komen
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.