Orkid Abdullah Meninggal Dunia, Penyanyi Vateran Melayu Asli

Setelah lama terlantar di hospital, berita yang mendukacitakan buat seluruh penggemar lagu-lagu Melayu Asli. Penyanyi veteran, Datin Orkid Abdullah, 64, menghembuskan meninggal dunia di Hospital Ampang, kira-kira jam 12.40 tengahari tadi.

Orkid Abdullah yang terkenal dengan lagu Penawar Rindu telah meninggal dunia akibat penyakit penyakit tumor yang dikenali "paraganglioma" yang dihidapupinya sejak beberapa tahun lalu.
 


Terdahulu, dia telah dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang, semalam.

Jenazah Allahyarmah Orkid Abdullah telah dibawa ke Masjid Al-Ansar, Jalan Enggang, Taman Keramat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan yang berdekatan dengan berdekatan masjid tersebut.
 
Salah seorang rakan baik arwah, Asiah Urip yang juga merupakan anggota kumpulan Kawan yang turut disertai Orkid Abdullah sebelum ini berkata, jenazah arwah telah pun selesai dimandikan.

"Insya Allah, sebaik saja selesai solat Asar, jenazah arwah akan dikebumikan di tanah perkuburan yang berdekatan," katanya.

Jelas Asiah Urip yang juga merupakan seorang penyanyi lama, kehilangan arwah memang cukup menyedihkan buat semua rakan-rakan seperjuangannya.

Di kesempatan ini, warga Murai ingin mengucapkan takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah Orkid Abdullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.... (Murai)

Ulasan