Tahniah diucapkan kepada Tengku Zawyah Tengku Izham, bekas isteri kepada suami Datuk Siti Nurhaliza, Datuk K sudah selamat kembali ke alam rumahtangga semalam setelah enam tahun bergelar ibu tunggal. Suaminya, seorang ahli perniagaan dari Pulau Pinang, Datuk Rayyan Joseph King. (Gambar majlis persandingan. perkahwinan dan resepsi).
Inilah sebahagian foto pada majlis persandingan mereka yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Mereka bernikah di hotel sama sebelah pagi dan mengadakan persandingan sebelah malamnya.
Tengku Zawyah memiliki empat anak lelaki hasil perkonsian hidup dengan Datuk K serta seorang anak angkat perempuan. Rayyan juga memiliki dua anak hasil perkahwinan pertamanya. Rayyan memeluk Islam pada 17 Februari lalu.
"Saya tertarik kepadanya apabila melihat dia seorang lelaki yang bertanggungjawab, sangat merendah diri dan kacak. Malah suami saya ini juga pandai berkomunikasi dengan segenap lapisan masyarakat dan saya bersyukur kerana perkahwinan ini mendapat restu anak-anak," kata Tengku Zawyah. (Mangga)

Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.