Sean Kingston Parah Kemalangan Jet Ski Langgar Jambatan

Betul ke Sean Kingston parah akibat kemalangan jet ski langgar sebuah jambatan di tepi laut? Penyanyi yang popular dengan lagu Beautiful Girls , Sean Kingston dikejarkan ke hospital Miami setelah jet ski yang ditunggangnya bersama seorang wanita melanggar sebuah jambatan batu.

Keadaan Sean Kingston dikatakan parah apabila kepalanya terhantuk pada jambatan batu tersebut. Dia dibawa ke Hospital Jackson Memorial bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

 Sean Kingston

Berdasarkan kepada kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa, tiada sebarang kesan alkohol yang mempengaruhi penyanyi tersebut yang menyebabkan punca kemalangan itu berlaku.

Justin Bieber Berdoa Semoga Sean Kingston Cepat Sembuh Di Laman Twitter


Sumber berkata, laporan tersebut juga mengatakan wanita berusia 23 tahun yang bersamanya itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Kepada para peminat Sean Kingston, marilah sama-sama kita mendoakan Sean Kingston semoga cepat sembuh dari kemalangan yang menimpa dirinya.

Nora Danish Bercinta Dengan Ahli Perniagaan Muda?

Ulasan