Berita khabar gembira buat para guru di sekolah, sempena sambutan hari guru 2011, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijangka mengumumkan khabar gembira buat warga pendidik pada 16 Mei 2011 ini. Adakah berita gembira tersebut ialah bonus dan elaun tambahan bakal diberikan kepada para guru? Selamat hari guru diucapkan kepada warga pendidik yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
Beliau, bagaimanapun, tidak mengulas lanjut, sebaliknya berkata: "Insya-Allah, tunggulah...".
Beliau, bagaimanapun, tidak mengulas lanjut, sebaliknya berkata: "Insya-Allah, tunggulah...".
Turut hadir pada majlis yang disertai lebih 2,000 warga pendidik Pahang ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata peranan guru amat penting dalam mendidik anak bangsa bagi mewujudkan modal insan berkualiti pada masa depan.
Katanya, kerajaan juga menggariskan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang bakal menyediakan 33 juta peluang pekerjaan serta tenaga kerja terlatih dalam semua bidang.
"Terdapat 12 sektor ekonomi perlu diisi dengan tenaga manusia terlatih dan ia merupakan cabaran besar untuk disediakan dalam tempoh 10 tahun akan datang.
"Dalam konteks menjadi negara maju, kita berhadapan dengan persaingan, kecekapan pengurusan, keupayaan menjana sumber baru dan nilai tambah tinggi yang mana perkara itu berpandukan kepada penyediaan tenaga kerja terlatih," katanya.
Beliau berkata, kesemua perkara itu memerlukan tuntutan warga pendidik yang mempunyai beban tugas mencabar bagi membentuk manusia terlatih.
Muhyiddin berkata, tugas guru bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi menerapkan sifat perwatakan sahsiah baik, berakhlak dan berbudi pekerti kepada pelajar.
Beliau berkata, dalam tempoh akan datang, Kementerian Pelajaran juga akan membantu warga pendidik daripada segi kebajikan guru, perjawatan, peralatan dan infrastruktur bagi membantu meningkatkan kecekapan guru dalam pengajaran. (Bernama)
Ulasan
Catat Komen
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.