Betul Ke Afghansyah Reza Langgar Kontrak WannaB Dan Bakal Kena Penjara 4 Tahun?
Adakah anda mengenali penyanyi lelaki Indonesia yang popular dengan lagu Terima Kasih Cinta, Afghansyah Reza atau lebih dikenali sebagai Afghan? Afghan yang berumur 22 tahun, telah didakwa melanggar kontrak yang dimeterainya bersama syarikat rakaman, WannaB.
Gambar Afghansyah Reza Nafi Langgar Kontrak WannaB
Atas sebab itu, WannaB tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas penyanyi muda yang segak berkaca mata hitam itu. Malah, jika disabit kesalahan, Afghan boleh dipenjarakan selama 4 tahun.
WannaB Dakwa Afghansyah Reza Langgar Kontrak
Pelanggaran kontrak itu dikatakan tercetus apabila Afghan sepatutnya menyanyikan 2 buah lagu bersama WannaB, mengikut persetujuan yang telah disepakati. Namun, setelah beralih ke syarikat rakaman baru iaitu Trinity Optima, Afghan langsung tidak memenuhi kesepakatan yang telah dipersetujui itu.
"Alasan yang diberikan oleh Afghan sangat tidak jelas. Katanya, lagu itu tidak sesuailah dan bermacam-macam alasan yang lain lagi. Padahal, penyusun lagu itu adalah orang sama yang sama yang membuat susunan muzik untuk Terima Kasih Cinta," jelas jurucakap WannaB.

Gambar WannaB Dakwa Afghansyah Reza Langgar Kontrak
Pihak WannaB juga berpendapat bahawa Afghan kini ibarat seperti kacang lupakan kulit.
"Dulu, waktu dia belum apa-apa, WannaB telah mengeluarkan belanja yang sangat besar untuk mengadakan promosi serta mencarikan lagu-lagu yang bagus untuk dia. Sekarang ini, dia nak menyakitkan hati kami pula," kata jurucakap itu lagi.
Afghansyah Reza Nafi Langgar Kontrak WannaB
Sementara itu, pihak pengurusan Afgan menerusi pengurusnya, Wadi pula telah menafikan bahawa wujudnya pelanggaran kontrak kerja dengan label WannaB.
"Apa yang dilakukan oleh Afghan pada ketika ini langsung tidak salah. Dia juga tidak langgar sebarang kontrak atau undang-undang sebagai penyanyi rakaman. Saya juga tidak tahu menahu tentang perancangan WannaB untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Afghan," katanya lagi.

P/s: Penulis tidak pasti sama ada benar Afghansyah Reza betul-batul langgar kontrak syarikat rakaman WannaB atau tidak. Jika benar, Afghansyah Reza bakal diambil tindakan dan dikenakan penjara 4 tahun sebagai hukuman.
~ Afghansyah Reza Langgar Kontrak WannaB Dan Kena Penjara 4 Tahun? ~
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.