Betul Ke Alyah Parah Masuk Hospital Terkena Air Panas?
Tahukah anda, penyanyi yang sedang popular dengan lagu 'Kisah Hati', Alyah telah dimasukkan ke Pusat Pakar Perubatan Damansara pagi tadi akibat terkena air panas.
Kejadian jam 10pagi itu berlaku ketika Alyah sedang membuat air sebelum keluar menghadiri sebuah rakaman program di NAR Studio.
Alyah Kritikal Kena Air Panas
Ekoran kejadian itu, Alyah melecur teruk dari bahagian perut ke peha sehingga menyukarkannya untuk berjalan.
Gambar Alyah Atau Noor Hasliah Abu Hassan
Difahamkan pelantun lagu 'Tak Mungkin Kerna Sayang' ini terpaksa didukung turun ke kenderaan sebelum dibawa ke hospital.
Alyah Masih Lemah Di Hospital
Sehingga artikel ini ditulis, keadaan Alyah masih lemah dan terpaksa dimasukkan ‘air’. Menurut pengurus Alyah, doktor memaklumkan bahawa Alyah masih tidak merasai kesakitan tersebut kerana masih terkejut.
Namun, pemilik nama Noor Hasliah Abu Hassan ini mungkin akan merasainya kemudian apabila luka itu mula menggelembung.
Doktor juga dijangka akan membalut luka Alyah dengan plastik khas untuk mengelakkan luka tersebut dari dijangkiti kuman.
P/s: Penulis dan para peminat Alyah mendoakan semoga Alyah dapat berehat secukupnya di hospital agar cepat sembuh dari kemalangan terkena air panas ini.
Alyah Parah Masuk Hospital Terkena Air Panas
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.