Filem Korea Mr Idol - Jay Park, Kim Soo Ro & Park Yejin Rapat

Filem Korea Yang Bercorak Komedi Bertajuk Mr Idol Lakonan Jay Park, Kim Soo Ro & Park Yejin Berkawan Rapat.

Saat yang dinantikan buat peminat drama dan filem Korea, haruslah menanti kemunculan filem Mr Idol yang telah dibintangi oleh bintang K-Pop iaitu Jay Park yang juga bekas anggota kumpulan 2 PM.

Filem yang bergenre komedi itu menceritakan tentang perihal dua orang produser muzik yang telah bekerjasama untuk membentuk sebuah group band yang baru. Namun, anggota-anggota dalam band yang baru itu selalu saja bikin masalah dan mencari hal.

Filem Mr Idol Bakal Dilancarkan

Penggambaran filem Mr Idol ini telah pun dimulakan pada 28 Februari 2011 yang lalu dan telah berakhir pada 9 Jun 2011. Kini, ianya hanya menanti masa untuk dilancarkan saja.

Namun, suasana penggambaran yang menyenangkan telah membuat hampir kesemua barisan pelakonannya berasa sedih untuk meninggalkan set lokasi, termasuklah Jay Park sendiri.

Jay Park Filem Mr Idol
Gambar Jay Park - Filem Mr Idol

Kata Jay Park: "Saya sangat kecewa kerana shooting filem ini telah berakhir. Saya sangat bersyukur kerana semua pelakon, krew dan sutradara sangat baik pada saya.

Park Yejin Rapat Dengan Pelakon Filem Mr Idol

Aktres Park Yejin pula memberitahu: "Saya sedih dan kecewa karena proses suntingan berjalan terlalu cepat. Filem ini telah membuatkan hubungan saya bersama pelakon lain sangat rapat. Inilah kali pertama saya melalui pengalaman yang sebegini selepas 10 tahun menceburi kerjaya seni ini".

Selain Jay Park dan Park Yejin, filem Mr Idol ini turut dibintangi oleh Kim Soo Ro dan U-KISS sebagai bintang utamanya. Mr. Idol juga telah disebut-sebut sebagai filem pertama Korea yang menampilkan realiti di balik proses pembentukan sebuah grup. Ia bakal dilancarkan pada Ogos ini.

P/s: Kepada pada peminat setia drama dan filem Korean, jangan lupa saksikan filem korea Mr Idol yang tidak lama lagi akan berada di pasaran hasil lakonan hebat Jay Park, Kim Soo Ro & Park Yejin.

~ Filem Korea Mr Idol - Jay Park, Kim Soo Ro & Park Yejin Rapat ~

Ulasan