Betul Ke Fouziah Gous Cedera Kena Rasuk Hantu?
Semestinya tidak betul, pelakon Fouziah Gous berusia 29 tahun, mengakui sanggup berhadapan dengan risiko dengan melakukan sendiri adegan-adegan berbahaya semata-mata untuk memberikan impak pada lakonannya dalam filem terbaru, Rasuk walaupun menghadapi kecederaan.
Kata Fouziah, selepas empat tahun bergelar pelakon sudah tiba masanya dia melakukan anjakan pada mutu lakonannya dengan menerima watak dan filem yang berlainan dan mencabar.
Fouziah Gous Puas Buat Aksi Sendiri Dalam RASUK
Walaupun berasa terlalu penat sepanjang pembikinan filem itu, Fouziah menganggap pengalaman tersebut memberikan kepuasan secara peribadi kepadanya.
"Buat pertama kalinya saya melakukan babak-babak berbahaya seperti menjatuhkan diri ke arah belakang tanpa sebarang alas atau tilam, memecahkan botol kaca dan memanjat tiang tanpa menggunakan pelakon aksi ngeri.

Gambar Fouziah Gous Di Tayangan RASUK
"Risiko tindakan itu apabila saya berdepan dengan kecederaan tulang belakang sejak dua tahun akibat pembikinan filem itu dan bersusah-payah untuk menjayakan watak wanita yang dirasuk.
"Semua itu saya lakukan demi memberikan impak pada lakonan dan perjalanan filem itu," katanya yang ditemui pada pratonton filem berkenaan di GSC One Utama, di sini, Selasa.
Selain Fouziah, filem seram itu turut membariskan Iqram Dinzly, Sidek Hussin dan Fauziah Nawi.
Filem Rasuk akan ditayangkan di 65 pawagam seluruh Malaysia bermula 23 Jun 2011 ini.
Selain tayangan tempatan, filem arahan Baldev Singh itu juga bakal ditayangkan di Singapura (8 pawagam), Hyderabad, India (2), Iran (2) dan Jepun (2).
"Semua itu saya lakukan demi memberikan impak pada lakonan dan perjalanan filem itu," katanya yang ditemui pada pratonton filem berkenaan di GSC One Utama, di sini, Selasa.
Gambar Barisan Para Pelakon RASUK
Selain Fouziah, filem seram itu turut membariskan Iqram Dinzly, Sidek Hussin dan Fauziah Nawi.
Filem Rasuk akan ditayangkan di 65 pawagam seluruh Malaysia bermula 23 Jun 2011 ini.
Selain tayangan tempatan, filem arahan Baldev Singh itu juga bakal ditayangkan di Singapura (8 pawagam), Hyderabad, India (2), Iran (2) dan Jepun (2).
P/s: Nasib Fouziah Gous tidak cedera teruk masa berlakon RASUK. Penulis tengok video trailer Fouziah Gous kena rasuk hantu jantan, macam best tapi kurenglah seram sangat sebab penulis ada ilmu dinding yang power.. Hehehe
~ Fouziah Gous Cedera Kena Rasuk Hantu ~
Ulasan
Catat Komen
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.