Betul Ke Isu Kedai Rakyat 1Malaysia - Harga Barang Akan Menjadi Lebih Murah?
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia.
Kedai Rakyat 1Malaysia yang terletak di Stesen LRT Kelana Jaya itu diurus oleh Mydin Mohamed Holdings Bhd, dengan kerjasama pihak kerajaan.

Kedai Rakyat 1Malaysia berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas tanpa jenama, pada harga berpatutan berbanding banyak jenama lain yang terdapat dalam pasaran.
"Melalui Kedai Rakyat 1Malaysia ini, saya difahamkan bahawa selain daripada menawarkan barangan keperluan pada harga yang jauh lebih rendah berbanding pasar raya lain, ia turut menjadi ejen pemangkin untuk pembangunan industri kecil tempatan menerusi penyumberan bekalan daripada perusahaan kecil dan sederhana dalam negara,” kata Perdana Menteri.

Selepas kejayaan Klinik Satu Malaysia yang diterima ramai, kini, Kedai Rakyat Satu Malaysia pula dilancarkan Perdana Menteri.
Hakikatnya konsep Satu Malaysia yang dipelopori Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bukan sekadar slogan atau retorik semata-mata.
Menurut Najib Kedai Rakyat 1Malaysia ini memberi manfaat besar kepada pembekal tempatan. -Bernama.

Gambar Perlancaran Kedai Rakyat 1Malaysia

Gambar Barangan Kedai Rakyat 1Malaysia
Selepas kejayaan Klinik Satu Malaysia yang diterima ramai, kini, Kedai Rakyat Satu Malaysia pula dilancarkan Perdana Menteri.
Hakikatnya konsep Satu Malaysia yang dipelopori Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bukan sekadar slogan atau retorik semata-mata.
Menurut Najib Kedai Rakyat 1Malaysia ini memberi manfaat besar kepada pembekal tempatan. -Bernama.
Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Penulis tidak pasti sama ada Kedai Rakyat 1Malaysia akan diperluaskan sehingga ke setiap kawasan di Malaysia termasuklah di kawasan luar bandar dan pendalaman. Isu Kedai Rakyat 1Malaysia pasti akan timbul dimana harga barangan yang dijual adalah 30% sehingga 50% lebih murah daripada biasa, malah barang yang dijual juga dikatakan berkualiti. Agak-agak rancangan ini hanya akan menjadi hangat-hangat tahi ayam sebelum pilihanraya umum ke-13?
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.