Tahniah! Malaysia Menang Tewaskan Taiwan Dikalahkan Dengan Jaringan 2-1.
Skuad bola sepak Malaysia, Harimau Malaya berjaya menundukkan Taiwan 2-1 pada perlawanan pertama pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Gol pertama Malaysia diperoleh melalui jaringan Safiq Rahim pada minit ke-28.
Gambar Malaysia Kalahkan Taiwan 2-1
Masuk separuh kedua, pemain negara meningkatkan bahagian serangan dan berjaya memperoleh gol kedua menerusi Mohd Aidil Zafuan Abd Razak pada minit ke-54.
Namun Taiwan memperoleh gol tunggalnya melalui pemain gantian Cheng Po Liang pada minit ke-76. Dengan kekalahan ini pasukan Chinese Taipei akan membawa bekalan 1 gol ke laman mereka di Taiwan sebelum Malaysia datang bertandang dengan 2 goal jaringan ke Taiwan.
Diharap pasukan bola sepak Malaysia, Harimau Malaya akan terus mengekalkan momentum kejayaan menewaskan Taiwan pasukan Chinese Taipei ini di negara Taiwan nanti. -Bernama.
Diharap pasukan bola sepak Malaysia, Harimau Malaya akan terus mengekalkan momentum kejayaan menewaskan Taiwan pasukan Chinese Taipei ini di negara Taiwan nanti. -Bernama.
Tengok Video Penuh Perlawanan Malaysia Menang Kalahkan Taiwan 2-1.
Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Penulis dan rakyat Malaysia mengucapkan TAHNIAH buat Datuk K. Rajagopal dan pasukan Harimau Malaya Malaysia yang berjaya menewaskan Taiwan dengan jaringan tipis 2-1. Namun, kemenangan tetap kemenangan! Rakyat Malaysia bangga dengan pencapaian pasukan bola sepak Malaysia. Teruskan menempa kejayaan Harimau Malaya!
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.