Tahukah Anda, Anak Perdana Menteri Najib Iaitu Nooryana Najwa & Daniyar Nazarbayev Telah Bertunang (Majlis Pertunangan)?
Nooryana Najwa, anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, secara rasmi bertunang dengan Daniyar Nazarbayev dalam satu majlis di Seri Perdana, Putrajaya Jumaat malam.
Gambar Nooryana Najwa Bersama Najib Rosmah Semasa Pengijazahan
Majlis pertunangan pasangan itu diserikan dengan kehadiran keluarga serta rakan mereka, selain orang kenamaan dari Malaysia dan luar negara.
Nooryana Najwa & Daniyar Nazarbayev Bertunang Di Putrajaya, Malaysia
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, berkenan menghadiri majlis itu.
Yang turut berangkat ialah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Hajah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah dan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Tun Abdullah Badawi, Menteri Kabinet, timbalan menteri serta pegawai kanan Kerajaan Pusat dan negeri.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Tun Abdullah Badawi, Menteri Kabinet, timbalan menteri serta pegawai kanan Kerajaan Pusat dan negeri.
Gambar Nooryana Najwa & Daniyar Nazarbayev Semasa Di Amerika Syarikat
Hadir sama, ibu Najib, Tun Hajah Rahah Mohamad Noah.
Kenamaan asing yang hadir termasuk Putera Mahkota Abu Dhabi, Jeneral Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan dan isteri, Sheikha Salam Hamdan Al Nahyan, serta Pengerusi Medina Council, Putera Saud Abdulaziz Al-Saud.
Nooryana Najwa berusia 22 tahun, adalah lulusan School of Foreign Service, Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, sementara Daniyar berumur 22 tahun, menamatkan pengajian di Universiti Columbia, New York.
Pasangan itu bertemu ketika menuntut di Amerika Syarikat.
Koleksi Gambar Majlis Pertunangan Nooryana Najwa & Daniyar Nazarbayev Di Putrajaya

Gambar Najib Rosmah Di Majlis Pertunangan Nooryana Najwa & Daniyar Nazarbayev

Gambar Nooryana Najwa Menghadap Hormat VIP-VIP

Gambar Nooryana Najwa Bersalam Dengan Tetamu Kehormat Semasa Bertunang
P/s: Sebelum ini penulis telah menyentuh tentang khabar angin mengenai Nooryana Najwa dan Daniyar Nazarbayev yang dirisik oleh Najib Rosmah semasa berada di Kazakhstan. Namun, Najib Rosmah menafikan menggunkan dana rakyat untuk tujuan peribadi tetapi hanya menurut pepatah "Sambil Menyelam Sambil Minum Air". Walaubagaimanapun, penulis dan rakyat Malaysia mengucapkan Tahniah buat Nooryana Najwa dan Daniyar Nazarbayev serta keluarga mereka diatas majlis pertunangan yang gilang gemilang.
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.