Betul Ke Shahz Jaszle Gaduh Dengan Gambit Saifullah Sebab Klip Video Berunsur Lucah?
Sebelum ini terdapat pelbagai kenyataan antara Shahz Jaszle dan Gambit Saifullah, masing-masing cuba untuk menyalahkan orang lain. Tetapi kali ini Shahz Jaszle yang gara-gara beraksi berahi dalam video klip, “Marilah” nyanyian Prema Yin, nama Shahz Jaszle kini tidak henti-henti menjadi bualan hangat.
Sebelum ini, Shahz jaszle sendiri telah menjelaskan bahawa dia terkejut dengan hasil video klip arahan Gambit Saifullah itu yang dianggapnya agak keterlaluan.
Gambit Saifullah Nafi Shahz Jaszle Tidak Tahu
Walaubagaimanapun, cerita di sebaliknya, Gambit Saifullah memberitahu bahawa pelakon itu telah diberitahu terlebih awal tentang jalan cerita video klip tersebut.
Ekoran kenyataan tersebut, Shahz dikatakan telah menipu masyarakat semata-mata untuk mengelak dirinya daripada dipersalahkan. Berpeluang bertemu dengan hero yang popular menerusi drama “Asmara” ini petang semalam, digunakan kami untuk bertanyakan mengenai perkara sebenar.
Shahz Jaszle Cuba Lepas Tangan
“Saya akui memang dah tahu jalan cerita, tapi saya tak tahu tentang babak yang Gambit nak buat. Masa tu dah jam 7.00pagi, takkan saya nak tolak sebab itu dah babak terakhir.
Shahz Jaszle Nafi Gaduh Dengan Gambit Saifullah
Saya dah pesan kepada Gambit Saifullah, video ini tak lepas di sini, namun dia kata video ini hanya untuk pasaran luar,” ujarnya sambil menafikan bergaduh dengan Gambit disebabkan penyebaran video ini.
“Kita memang tak berhubung, tapi tak adalah bermaksud kita gaduh-gaduh. Bagi saya, benda dah nak jadi dan saya juga tidak rasa tertipu dengan perkara ini.
Shahz Jaszle Berjanji Tidak Akan Ulangi Kesilapan
Saya percaya apa yang berlaku ada hikmahnya dan saya akan jadikannya sebagai tauladan untuk hari seterusnya.
Menyentuh mengenai perkembangan karier lakonannya, Shahz memberitahu akan memulakan penggambaran untuk sebuah telemovie arahan Datin Hajah Rosnani Jamil berjudul, “Sakura” pada 15 Jun ini.
“Mak Nani hubungi saya bertanyakan sama ada saya bersetuju untuk berlakon dalam drama terakhir arahannya. Saya bersetuju apabila melihat jalan ceritanya yang bagus. Lagipun ini kali pertama saya bekerja dengan Mak Nani, jadi saya rasa bertuah sangat.”
Kredit Info: Gua. Betul Ke Shahz Jaszle Bercinta Dengan Neelofa?
P/s: Biasalah mesti ada gaduh antara Shahz Jaszle dengan Gambit Saifullah sebab klip video yang berunsur lucah itu. Kalau penulis sendiri pun akan marah tetapi Shahz Jaszle sendiri yang cari pasal, Gambit Saifullah pun ambillah kesempatan. Kan nak popular, so kena la buat ala-ala lucah kan Shahz Jaszle dan Gambit Saifullah?
~ Shahz Jaszle Gaduh Dengan Gambit Saifullah Sebab Klip Video ~
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.