Ketagih Internet Punca Otak Mengecut Kalangan Remaja

Tahukah Anda Ketagih Internet Punca Otak Mengecut Di Kalangan Remaja?

Kajian terbaharu di negara China mendapati penggunaan Internet secara berlebihan atau sangat ketagiahan dikalangan remaja boleh menyebabkan otak mereka mengecut, lapor sebuah akhbar semalam. Kajian berkenaan yang disiarkan jurnal sains, PLoS ONE menyatakan, kematian tisu otak berlaku di kalangan remaja yang ketagih melayari Internet.

Keadaan itu boleh membawa kepada kemerosotan daya tumpuan dan ingatan selain mengurangkan perasaan malu golongan remaja untuk melakukan perbuatan tidak sihat. Kajian tersebut melibatkan penggunaan mesin pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk merakam imej otak 18 pelajar universiti berusia 18 tahun yang melayari internet selama 13 jam sehari, enam kali seminggu.

Gambar Ketagihan Internet Punca Otak Manusia Mengecut
 Gambar Golongan Remaja Ketagihan Internet - Punca Otak Mengecut

Kumpulan penyelidik berkenaan membandingkan imej MRI tersebut dengan imej MRI kumpulan pelajar yang melayari internet cuma dua jam sehari. Selepas perbandingan dibuat, mereka mendapati korteks atau bahagian kelabu pada otak 18 pelajar yang ketagih Internet itu mengecut berbanding rakan mereka yang kurang melayari internet.

Kajian kami membayangkan ketagihan Internet pada jangka panjang boleh membawa kepada kemerosotan struktur otak, kata kumpulan penyelidik itu. Bahagian korteks otak berfungsi untuk memproses ingatan, emosi, pertuturan, penglihatan dan pendengaran di samping mengawal pergerakan anggota manusia. Kajian itu dilakukan oleh sekumpulan pakar neurologi dan radiologi beberapa universiti dan hospital di China. Dianggarkan seramai 24 juta remaja negara China ketagih melayari Internet. -Agensi.

Tengok Video Ketagihan Internet & Kaitan Dengan Otak Manusia.





Kesimpulan mohdrohaizad.com - Nampaknya kena kurangkan melayari internet, kena banyakkan aktiviti riadah berbanding main internet beberapa jam sehari. Hal ini termasuklah penggunaan teknologi yang lain, memang akan memudahkan kita tetapi kesan sampingan negatif tetap ada kan? Jika anda ketagihan internet, ingatlah yang ia boleh menyebabkan punca otak manusia mengecut terutamanya dikalangan remaja sebab mereka golongan yang banyak ketagihan dalam dunia siber.

Ulasan