Nurul Syuhada (TV3) - Majlis Pernikahan Perkahwinan Resepsi

Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin (TV3) & Raja Amir Shah Raja Azwa  - Majlis Pernikahan Perkahwinan Resepsi.

Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin berumur 27 tahun, selamat diijabkabulkan dengan pegawai bank, Raja Amir Shah Raja Azwa berumur 29 tahun, di Binjai On The Park, KLCC, di sini, malam Sabtu. Pasangan pengantin baru tersebut dinikahkan oleh bapa Nurul iaitu Mohd Zin dan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC selepas solat Isyak.

Gambar Nurul Syuhada TV3 Majlis Pernikahan
Gambar Majlis Pernikahan Perkahwinan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin (TV3) & Raja Amir Shah Raja Azwa

Pihak TV3 dalam satu kenyataan ringkasnya yang diedarkan di sini, Ahad memberitahu, pihak perempuan menerima wang hantaran sebanyak RM20,111 dan mas kahwin RM777. Hanya sekali lafaz, Nurul Syuhada akhirnya sah menjadi isteri kepada Raja Amir Raja Azwa. Sementara itu majlis yangbertemakan “Moroccan” itu mendapat sentuhan Khalid & Favor By Eddy sebagai perunding perkahwinan manakala pakaian nikah adalah rekaan Datuk Radzuan Radziwill

Gambar Nurul Syuhada TV3 Majlis Perkahwinan Resepsi
 Gambar Majlis Akad Nikah Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin (TV3) & Raja Amir Shah Raja Azwa

Majlis perkahwinan berkenaan diadakan secara tertutup tanpa kehadiran pihak media sebaliknya hanya untuk keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja. Majlis resepsi Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin (TV3) dan Raja Amir Shah Raja Azwa, kedua-dua pengantin akan berlangsung pada 23 Julai depan bertempat di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur. -Mstar.

Tengok Video Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin (TV3) & Raja Amir Shah Raja Azwa KLIK LINK >>>> http://vimeo.com/26465936


Kesimpulan mohdrohaizad.com - Tahniah penulis dan para peminat kepada pasangan pengantin baru kepada Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin (TV3) dan Raja Amir Shah Raja Azwa. Semoga pasangan ini bahagia ke akhir hayat.

Ulasan