Semakan Senarai Nama Terpilih Kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2012.
Mulai esok, mereka yang lahir pada tahun 1994 boleh membuat semakan untuk mengetahui sama ada mereka terpilih untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi sesi tahun 2012. Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata seramai 140,000 peserta terpilih untuk mengikuti kursus PLKN itu tahun depan, iaitu 27 peratus daripada keseluruhan 515,697 yang lahir pada tahun tersebut.
Gambar Diana Danielle Cun Masuk PLKN
Walaubagaimanapun semakan senarai nama terpilih PLKN ini hanya untuk mengetahui mereka yang terpilih sahaja supaya mereka dapat membuat persediaan awal, manakala penempatan kem PLKN dan siri kumpulan boleh disemak mulai Disember nanti, kata Datuk Abdul Hadi Awang Kechil kepada wartawan sebelum mengakhiri kenyataan rasminya.
Tengok Video Lagu Rasmi PLKN - Kepada Yang Berjaya, Tahniah Diucapkan.
Kesimpulan mohdrohaizad.com - Kepada yang bakal menyertai kem kursus PLKN ini hendaklah bersiap-sedia awal apa yang perlu dengan membuat semakan terlebih dahulu senarai nama terpilih PLKN 2012 ini boleh dibuat melalui lawan web PLKN iaitu www.khidmatnegara.gov.my atau dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 15888.
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.