Tahniah! Syailendra Sutowo, Bayi Dilahirkan Dian Sastrowardoyo Nama Anak Sulungnya.
Aktres terkenal Indonesia Dian Sastrowardoyo telah pun selamat melahirkan anak sulungnya di Hospital YPK, Menteng, Jakarta Pusat, kira-kira jam 3.15 petang pada 17 Julai 2011 yang lalu.
Malah, Dian Sastrowardoyo yang merupakan isteri kepada pengusaha Indraguna Sutowo ini juga telah memilih nama yang sesuai untuk anak yang berjantina lelaki itu. Anak lelaki tersebut dinamakan sebagai Syailendra Sutowo.
Gambar Syailendra Sutowo Anak Sulung Dian Sastrowardoyo
Tidak pasti, apakah yang dimaksudkan dengan nama Syailendra Sutowo, namun bintang filem Ada Apa Dengan Cinta? itu telah melahitrkan bayi yang seberat 3.03 kilogram itu secara normal.
"Alhamdulillah, Dian Sastrowardoyo telah selamat melahirkan anak lelaki. Anak tersebut dilahirkan secara normal. Kedua-dua mereka (ibu dan anak) tersebut berada dalam keadaan sihat," kata pengurus Dian Sastrowardoyo, Wusnu.
Gambar Dian Sastrowardoyo Seksi Hot Semasa Belum Hamil
Namun, Wisnu tidak dapat memastikan bila aktres yang berusia 29 tahun ini akan bersedia untuk berjumpa dengan pihak media.
"Maaf, tentang hal itu, saya tidak tahu," kata Wusnu.
Tengok Majlis Pernikahan Dian Sastrowardoyo dan Suaminya Indraguna Sutowo Ala Jawa.
mohdrohaizad.com - Penulis dan para peminat mengucapkan Tahniah buat Dian Sastrowardoyo dan Suaminya Indraguna Sutowo dengan kelahiran anak sulung mereka yang diberi nama Syailendra Sutowo.
Ulasan
Catat Komen
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.