Aznil Nawawi Sambut Raya Di Konti Radio Era FM

Aznil Nawawi Sambut Raya Di Konti Radio Era FM

Pengacara nombor 1 Malaysia, Aznil Nawawi mengakui terpaksa melupakan keghairahannya untuk menyambut Aidilfitri tahun ini kerana terpaksa bertugas di pagi Hari Raya.

Jelas Aznil Nawawi yang merupakan deejay radio Era FM itu, bulan Ogos merupakan antara bulan penting bagi setiap stesen radio kerana merupakan bulan penilaian dan kaji selidik rating pendengar yang dibuat oleh AC Nielsen.

"Bagi setiap deejay bulan Ogos merupakan antara bulan penting kerana bulan untuk kaji selidik akan dilakukan. Jadi kami akan bekerja keras sikit untuk menarik pendengar,” kata Aznil Nawawi.

Gambar Aznil Nawawi Sambut Hari Raya Aidilfitri Di Konti Radio Era FM
 Gambar Aznil Nawawi atau Pak Nil Sambut Hari Raya Aidilfitri Di Konti Radio Era FM

Selain itu, Aznil Nawawi berkata lebaran kali ini kurang meriah berikutan anak perempuannya yang kini belajar di luar negara tidak pulang beraya.

"Saya akan beraya di Kuala Lumpur sahaja. Lagipun anak perempuan saya yang kini belajar di Australia tidak dapat pulang beraya," kata Aznil Nawawi.

Selain itu, Aznil Nawawi kini sibuk menjalani latihan teater The Secret Life of Nora (TSLN) yang bakal dipentaskan pada penghujung September depan. -MStar.

Tengok Video Aznil Nawawi / Pak Nil Ucap Selamat Hari Raya dan Hari Kemerdekaan Malaysia.




mohdrohaizad.com - Aznil Nawawi atau Pak Nil sanggup sambut Hari Raya Aidilfitri di konti Radio Era FM. Kepada peminat-peminat Pak Nil jangan lupa beri ucapan Hari Raya kepadanya di radio Era FM ya nanti.

Ulasan