Danny X Factor & Saidatul Fazlin Zakaria - Majlis Pernikahan
Penyanyi dan pelakon Danny X-Factor akan menamatkan zaman bujang pada 16 September 2011 ini. Majlis pernikahannya dibuat secara sederhana untuk keluarga di Kampar, Perak.
Danny berusia 31 tahun, bertunang dengan Saidatul Fazlin Zakaria, 25 tahun, pada 20 Mac lalu di kediaman keluarga pramugari itu di Kampung Tersusun Tronoh Mines, Kampar, Perak.
Danny berusia 31 tahun, bertunang dengan Saidatul Fazlin Zakaria, 25 tahun, pada 20 Mac lalu di kediaman keluarga pramugari itu di Kampung Tersusun Tronoh Mines, Kampar, Perak.
Gambar Danny X Factor & Saidatul Fazlin Zakaria - Majlis Pertunangan Artis Malaysia
"Saya akan bernikah pada 16 September ini, sempena cuti Hari Malaysia. Majlis menyambut menantu di Pasir Mas, Kelantan akan diadakan dua minggu selepas itu manakala majlis persandingan akan diadakan awal Oktober depan," kata Danny.
Gambar Danny X Factor & Saidatul Fazlin Zakaria - Majlis Pernikahan 2011
Danny atau nama penuhnya Mohd. Khardanie Anwa kembali aktif menyanyi apabila meneruskan perjuangan X-Factor bersama Shah dan Zach. Mereka kini memiliki single baru yang mula mendapat sambutan peminat. -ManggaOnline.
Tengok Video Danny X-Factor Berlakon Lawak Dalam Iklan.
mohdrohaizad.com - Tahniah buat Danny X Factor dan Saidatul Fazlin Zakaria yang akan berkahwin tidak lama lagi. Semoga majlis pernikahan mereka akan berjalan dengan lancar.
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.