Majlis Perkahwinan Pernikahan Noraniza Idris & Jeffri Hudi Diadakan Secara Besar-Besaran
Penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris, 43, bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Jeffri Hudi, 52, secara besar-besaran pada 29 September ini.
Majlis yang berlangsung pada pukul 12 tengah hari di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru itu turut diadakan seiring dengan 'Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011'.
"Pada mulanya saya tidak merancang untuk melakukan majlis perkahwinan sekaligus dengan festival ini tetapi setelah keluarga sebelah tunang saya menetapkan tarikh bernikah pada 1 Oktober, jadi kami terusmerancang untuk melangsungkan majlis ini pada 29 September.
"Walaupun besar-besaran, tetapi saya rasa tidak salah kerana ia bertujuan untuk meraikan perkahwinan kami," katanya ketika sidang media di Menara Yayasan Tun Razak, di sini, Selasa.
Noraniza hadir dengan tunangnya dan mereka berpakaian sedondon berwarna hijau pucuk pisang.
Berkongsi tentang cinta pasangan ini, biarpun pernah serik dengan dua perkahwinan lalu, namun Noraniza mula terbuka hati untuk berkahwin dengan bilal masjid di Singapura itu setelah benar-benar mengenalihati budinya.
"Saya yakin dia merupakan jodoh saya kerana dia seorang yang berterus-terang dan menyokong setiap perkara yang saya lakukan.
Percintaan Noraniza Idris & Jeffri Hudi
"Hubungan kami terjalin sejak kami bertemu untuk urusan jualan amal anak yatim di Bazar Ramadan pada tahun lalu.
"Kemudian pada 22 April tahun ini, kami bertunang dan seterusnya menetapkan majlis pernikahan ini," kata Noraniza.
Sementara tunangnya pula tertarik dengan Noraniza yang memiliki sifat wanita berwibawa.
"Saya juga menyenangi sikap Noraniza yang berterus-terang dan yang paling buat saya tidak dapat melupakannya apabila makan biskut tat nenas.
"Yang penting semua pihak merestui dan gembira dengan perkahwinan ini," ujarnya.
Majlis pernikahan itu akan berlangsung secara terbuka sehingga pukul 5 petang.
Majlis Perkahwinan Noraniza Idris & Jeffri Hudi Berlangsung 4 Hari
Seterusnya, terdapat majlis perkahwinan melibatkan lima pasangan pelbagai kaum yang diadakan selama empat hari berturut-turut di tempat yang sama.
Majlis ini dianjurkan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd bersama Gerakan Belia 4B (M) Negeri Johor.
Ini merupakan perkahwinan ketiga Noraniza Idris dan perkahwinan kedua Jeffri.
Noraniza mempunyai dua orang anak lelaki manakala Jeffri yang menduda sejak 13 tahun lalu mempunyai empat anak berusia antara 15 hingga 26 tahun. -Mstar.

Gambar Majlis Perkahwinan Noraniza Idris & Jeffri Hudi (Pernikahan Artis Malaysia)

mohdrohaizad.com - Tahniah penulis ucapkan kepada pasangan Noraniza Idris dan Jeffri Hudi yang bakal menikah tidak lama lagi. Semoga majlis perkahwinan mereka akan selamat dijalankan.
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.