Ustaz Dipercayai Liwat Pelajar Sekolah Ditahan Polis

 Ustaz Dipercayai Liwat Pelajar Sekolah Ditahan Polis

Di Terengganu, seorang ustaz sebuah sekolah menengah di sini hari ini ditahan kerana dipercayai meliwat seorang pelajar berusia 13 tahun di sekolah itu. Ustaz tersebut yang mengajar subjek Pendidikan Islam ditahan di kediamannya di perumahan guru di Batu Rakit dekat sini kira-kira jam empat pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K Manoharan, berkata penahanan suspek menyusul laporan polis yang dibuat korban di Balai Polis Batu Rakit petang kelmarin.

"Guru berusia 42 tahun itu sudah berkahwin dan dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak tiga kali bermula Mac hingga Jun lalu di kuarters perguruan sekolah tersebut, sebelah asrama putera yang dihuni korban," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini. Manoharan berkata, polis masih menyiasat kes tersebut dan tidak menolak kemungkinan ada pelajar lelaki lain juga menjadi mangsa guru tersebut.

Gambar Ustaz Dipercayai Liwat Pelajar Sekolah Ditahan Polis
 Gambar Ustaz Dipercayai Liwat Pelajar Sekolah Ditahan Polis

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk menjalani pemeriksaan lebih lanjut. Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen, Rosila Nik, membenarkan guru tersebut direman selama empat hari mulai hari ini untuk siasatan lanjut. Kes disiasat oleh Bahagian 377C Kanun jenayah yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. - Bernama.

mohdrohaizad.com - Penulis tidak dapat bayangkan seorang ustaz dipercayai liwat seorang pelajar sekolah yang masih mentah. Betul ke ustaz liwat pelajarnya? Kita tunggu berita selanjutnya mengenalpasti kisah sebenar.

Ulasan