Saiful Apek Akui Johan Raja Lawak Overshadow Dalam Filem Lakonannya
Saiful Apek selalu memegang watak utama di dalam filem-filem bercorak komedi sebelum ini, pelakon yang pernah memenangi Anugerah Bintang paling Popular, Saiful Apek akur apabila dia kini sudah mempunyai ramai pengganti.
Saiful Apek keluar dengan filem terbaru berjudul Raya Tak Jadi esok dan bergandingan dengan pelakon komedi, Johan Raja Lawak, jelas Saiful Apek dia sudah bersedia sekiranya dikatakan telah ditenggelami dengan kebolehan dan bakat yang ada dalam lakonan Johan Raja Lawak.
“Watak saya dalam filem Raya Tak Jadi ini memang berlainan dengan watak komedi saya dalam filem-filem yang terdahulu.
“Kalau dulu sayalah peluru, tetapi sekarang saya adalah senapangnya dan Johan pula pelurunya.
“Ini kali pertama saya bergandingan dengan Johan dan saya cukup senang bersama dengannya, ada keselesaan antara kami, dan sepanjang berlakon bersama dia cukup mudah memberi dan menerima idea.
Gambar Saiful Apek Semasa Tayangan Raya Tak Jadi
“Prof juga memberi kelonggaran untuk kami beraksi dan ada juga beberapa babak yang berlaku secara spontan sahaja tanpa dirancang.
“Saya tak kisah jika satu hari nanti ada yang kata Johan telah ‘overshadow’ saya dalam filem Raya Tak Jadi ini sebab dia memang sangat berkebolehan dan dia tidak perlu diajar untuk membuat komedi.
“Memang saya beri dia overshadow saya sebab dia kini subjek utama untuk penonton dan saya hanya membantunya sahaja,”jelas Saiful Apek.
Tayangan Raya Tak Jadi
Jika sebelum ini, pengarah filem Raya Tak Jadi, Prof Razak Mohaidden ada melahirkan rasa terkilannya lantaran filem terbarunya ini tidak dapat disiarkan pada hari raya pertama yang lalu, bagi pelakon utamanya, Saiful Apek semua ini tidak menjadi masalah.
“Saya tidak kisah bila tayangannya, kalau betul-betul pada hari raya sekalipun, sudah tentu orang lebih memilih untuk pergi beraya berbanding menonton wayang di panggung.
“Pada saya sekarang ini pun sesuai untuk disiarkan kerana kebanyakan orang masih merasai perasaan raya,”jelas Saiful Apek. -ManggaOnline
Tengok Video Saiful Apek Dalam Pembikinan Filem Raya Tak Jadi Dibelakang Tabir.
mohdrohaizad.com - Saiful Apek mengakui yang johan telah overshadow dalam filem lakonannya Raya Tak Jadi. Malah Saiful Apek turut mengakui tidak dapat memegang watak utama selamanya. Semoga Saiful Apek tidak berputus asa dalam melahirkan lawak-lawak komedi yang berkualiti.
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.