Nabil dan Nazirah (Majlis Pernikahan Perkahwinan Resepsi)
Dengan dua kali lafaz, pelawak yang juga pelakon popular, (Gambar) Ahmad Nabil Ahmad kini bergelar suami kepada (Gambar) Nazirah Ayub selepas diijabkabulkan dalam sebuah majlis pernikahan ringkas yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya petang ini.
Nabil, 28 tahun, yang merupakan juara program realiti, Raja Lawak musim kedua dan pemenang tempat ketiga Maharaja Lawak ini dinikahkan kira-kira pukul 5.15 petang oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Wilayah Putrajaya, Mohd. Redza Ahmad berwalikan bapa pengantin perempuan Ayub Ahmad.
Nazira, 23 tahun, seorang peramugari menerima mas kahwin RM300 serta wang hantaran RM15,000. Nazirah juga menerima sebentuk cincin berlian berharga RM5,000. Pihak keluarga Nabil membawa tujuh dulang hantaran antaranya kasut, tepak sirih, playbook, alat solek, telekung dan set wangian.

Gambar Nabil dan Nazirah Majlis Pernikahan
Nazira, 23 tahun, seorang peramugari menerima mas kahwin RM300 serta wang hantaran RM15,000. Nazirah juga menerima sebentuk cincin berlian berharga RM5,000. Pihak keluarga Nabil membawa tujuh dulang hantaran antaranya kasut, tepak sirih, playbook, alat solek, telekung dan set wangian.
Nazira membalas sembilan dulang lantaran iaitu cokelat, kasut, PS3, Ipad, cupcakes,sejadah, cincin dan buah-buahan.
Detik bersejarah pasangan Nabil dan Nazirah disaksikan kira-kira 200 tetamu termasuk ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka.
Pasangan Nabil dan Nazirah ini akan diraikan dalam majlis resepsi pada 2 Oktober ini di I-City, Shah Alam dengan tema fairy tales. Majlis Resepsi itu dijangka akan menerima jemputan berjumlah 1,500 orang dan dikatakan menelan belanja sekitar RM150,000.
Ditemui selepas majlis berakhir, Nabil yang kelihatan gembira sebaik acara akad nikah selesai, melahirkan rasa syukur kerana hubungan mereka yang baru enam bulan usia itu berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan. Semua tahu Nabil pernah berkawan dengan artis lain yang putus sebelum ke jenjang pelamin.
Gambar Nabil dan Nazirah Majlis Akad Nikah

Nabil & Nazirah Mahu Anak Selepas Dua Tahun
Pasangan pengantin Ahmad Nabil Ahmad, 28 tahun, dan Nazirah Ayub, 23 tahun, merancang untuk mempunyai cahaya mata apabila masuk tahun kedua perkahwinan mereka.
Kata Nabil, buat masa ini mereka mahu menjalani kehidupan sebagai suami isteri terlebih dahulu.
"Kami merancang untuk ada cahaya mata pada tahun kedua perkahwinan nanti. Sekarang ini kami masing-masing mempunyai perancangan untuk kerjaya, Insya-Allah kalau boleh kami mahu tiga cahaya mata," katanya selepas selesai upacara akad nikah di Masjid Tuanku Mizan, di sini, Jumaat.
Tambah Nabil, mereka belum mempunyai sebarang perancangan untuk berbulan madu tetapi akan menunaikan umrah bersama penghujung tahun ini.
"Kami belum rancang apa-apa untuk berbulan madu. Cuma saya terfikir untuk pergi menunaikan umrah bersama-sama sebelum berbulan madu," katanya.
Ditanya tentang keistimewaan Nazirah pada mata Nabil, katanya bekas pramugari AirAsia itu seorang yang peramah dan boleh serasi dengannya.
Sementara itu, Nazirah mengakui perkenalan singkat mereka mampu meyakinkannya untuk hidup bersama Juara Raja Lawak itu.
"Saya percaya dia boleh menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Sepanjang perkenalan kami dia menunjukkan kesungguhannya untuk hidup bersama saya," ujarnya.
Tambah Nazirah dia merancang untuk membuka perniagaan butik pakaian selepas meletakkan jawatan sebagai pramugari.
mohdrohaizad.com - Tahniah kepada Nabil dan Nazirah. Kedua pasangan tersebut akan diraikan pada majlis resepsi yang akan diadakan pada Ahad (esok) di I-City, Shah Alam, Selangor berkonsepkan “fairy tale” dan persandingan dalam taman.

Gambar Nabil dan Nazirah Majlis Persandingan Ala Lawak

Gambar Nabil dan Nazirah Majlis Perkahwinan Resepsi
Tambah Nazirah dia merancang untuk membuka perniagaan butik pakaian selepas meletakkan jawatan sebagai pramugari.
mohdrohaizad.com - Tahniah kepada Nabil dan Nazirah. Kedua pasangan tersebut akan diraikan pada majlis resepsi yang akan diadakan pada Ahad (esok) di I-City, Shah Alam, Selangor berkonsepkan “fairy tale” dan persandingan dalam taman.
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.