Zahiril Adzim dan Shera Aiyob (Majlis Akad Nikah Artis Malaysia).
Dengan sekali lafaz, pelakon Zahiril Adzim, 27 tahun, sah bergelar suami kepada pengacara Shera Aiyob, 25 tahun, di rumah pengantin perempuan di Ipoh, Perak.
Gambar Zahiril Adzim dan Shera Aiyob Majlis Perkahwinan
Pasangan Zahiril Adzim dan Shera Aiyob dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Aiyob Shaharuddin kira-kira pukul 1.30 pagi dengan mas kahwin sebanyak RM1 001.
Gambar Zahiril Adzim dan Shera Aiyob Majlis Akad Nikah
Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.
Pada majlis Zahiril Adzim dan Shera Aiyob tersebut, Shera menerima wang hantaran berjumlah RM18,000 dengan 11 dulang hantaran, manakala, pihak Zahiril menerima 13 dulang.
Gambar Zahiril Adzim Cium Shera Aiyob Semasa Majlis Pernikahan
Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Hatta Dolmat, manakala solekan Nadiya Ipoh dengan tema perkahwinan dalam taman.
Pasangan Zahiril Adzim dan Shera Aiyob ini akan disandingkan di Kinding Hills Grand Ballroom, Ipoh selepas selesai majlis pernikahan.
Gambar Zahiril Adzim dan Shera Aiyob Majlis Resepsi
Sebuah lagi resepsi iaitu majlis sambut menantu sebelah pihak lelaki akan diadakan di Shah Alam yang hanya dihadiri oleh keluarga dan saudara-mara terdekat.
Gambar Zahiril Adzim dan Shera Aiyob Majlis Pertunangan
Pasangan Zahiril Adzim dan Shera Aiyob ini bertunang pada 1 Mei lalu. (Sumber: Mstar, Portal Gua)
Tengok Video Zahiril Adzim dan Shera Aiyob (Majlis Pernikahan Pertunangan).
mohdrohaizad.com - Tahniah kami para peminat ucapkan kepada Zahiril Adzim dan Shera Aiyob selamat menjadi suami isteri. Kami berharap Zahiril Adzim dan Shera Aiyob bahagia melalui kehidupan berumahtangga.
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.