Ayu Damit Perkenal Suami & Anak (Juara One In A Million).
Bekas juara One In A Million, penyanyi Ayu Damit pernah cakap kat media yang dia tak mahu memperkenalkan suami dan anak-anaknya. Baginya itu perkara peribadi. Malah suaminya juga tiada masalah dengan pendiriannya itu.
Tapi Ayu Damit, 21 tahun, dan suami, (Gambar) Syed Fauzi Syed Badaruddin, 24 tahun, ada memuatkan gambar anak-anak mereka dalam laman sosial. Inilah wajah suami Ayu dan anak-anaknya. Ayu dah ada dua anak.
Yang besar namanya Syed Nashrul Haikal. Agaknya dah nak masuk dua tahun umurnya. Si kecil, Syarifah Alya Adriana lahir Julai lalu. Makin bahagia nampaknya Ayu Damit dan suami. Baguslah. Walaupun pernikahan mereka yang dibuat secara sembunyi pernah menggemparkan, namun tiada sebab untuk mereka tidak bahagia.
Gambar Juara One In A Million iaitu Ayu Damit dan Suaminya
Yang besar namanya Syed Nashrul Haikal. Agaknya dah nak masuk dua tahun umurnya. Si kecil, Syarifah Alya Adriana lahir Julai lalu. Makin bahagia nampaknya Ayu Damit dan suami. Baguslah. Walaupun pernikahan mereka yang dibuat secara sembunyi pernah menggemparkan, namun tiada sebab untuk mereka tidak bahagia.
Gambar Ayu Damit Lahir Anak Kedua
Lihatlah kemesraan Ayu Damit dan suaminya. Agaknya ramai peminat yang belum menatap wajah suami Ayu. Bukan sahaja tak muncul dalam majlis bersama-sama Ayu, malah dia juga tak pernah diperkenalkan secara rasmi. Itu pendirian Ayu Damit.
Gambar Anak Sulung Ayu Damit Bekas Juara One In A Million
Kami harap Ayu Damit jangan marah ya bila gambar-gambar daripada laman sosial dimuatkan dalam Mangga Online ni. Kalau dan ada di dalam laman sosial tu, apa salahnya kalau Mangga Online pinjam sama. (Sumber: Portal Mangga Online)
Video Youtube Ayu Damit Live Menjadi Ayu Majlis Perlancaran Album.
mohdrohaizad.com - Kami bangga dengan ketabahan Ayu menjalani hidup bila macam-macam gosip melandanya. Semoga Ayu Damit akan kembali hangat dengan lagu-lagu barunya. Begitulah kisah Ayu Damit Bekas Juara One In A Million (OIAM) yang enggan mendedahkan perihal keluarga secara rasmi kerana ia adalah milik peribadi.
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.