Datuk AC Mizal Terima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP).
Pengacara dan usahawan AC Mizal, 41 tahun, mengesahkan penerimaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk bersempena sambutan hari keputeraan Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah ke-81 pada Khamis.
Pengesahan AC Mizal itu sekaligus menepis pelbagai spekulasi yang mempertikaikan pengurniaan tersebut sebelum ini.
Menjawab tentang isu gelaran Datuk itu, AC Mizal atau nama sebenarnya (Gambar) Mizal Zaini, berkata surat pengurniaan berkenaan sebenarnya sudah diterimanya sejak sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-79 lagi.
Bagaimanapun, upacara pengurniaan kepadanya itu tertangguh kerana dia perlu mengikut giliran senarai penerima darjah kebesaran itu sebelum ini sehingga mencetuskan pertikaian di kalangan orang ramai.
Upacara Penganugerahan "Datuk" Secara Rasmi
"Pada hari ini (Rabu) saya baru sahaja terlibat dengan sesi latihan untuk upacara penganugerahan Datuk bersempena ulang tahun keputeraan baginda Sultan Pahang yang ke-81.
"Saya berharap dengan pengurniaan Datuk pada esok (Khamis) akan menjawab segala kekeliruan yang tercetus sebelum ini," katanya.
AC Mizal ditemui pada sidang media majlis pelancaran laman sosial pertama Malaysia, mface di Hotel Doubletree by Hilton, di sini, malam Rabu. (Sumber: MStar)
Datuk AC Mizal Terima Gelaran Secara Rasmi Sultan Pahang

Video Isu Datuk AC Mizal "Saya Takkan Jilat Ludah Saya Sendiri".
mohdrohaizad.com - AC Mizal layak terima gelaran DATUK? Adakah AC Mizal banyak berjasa kepada negara? Atau khasnya di negeri Pahang? Begitulah isu yang timbul sebelum ini ke atas AC Mizal yang bakal menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran "Datuk".
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.