OGY & ADAM TIDAK LAYAK JADI MENTOR?

Betul Ke Ogy Ahmad Daud & Adam Tidak Layak Jadi Mentor?

Minggu lalu ada pengumuman khas tentang rancangan Mentor musim terbaru. Joyah memang tunggu sangat-sangat pengumuman tu sebab nak tahu siapa yang bakal jadi mentor dalam musim kali ini.

Antara nama-nama yang bakal memikul tugas sebagai mentor termasuklah Ella, Ramlah Ram, Ferhad, Faizal Tahir, Fauziah Ahmad Daud dan Adam.

Fauziah Ahmad Daud dan Adam Dipertikai Jadi Mentor
Fauziah Ahmad Daud dan Adam Dipertikai Jadi Mentor

Alamak macam mana nama Ogy boleh muncul. Itu yang membuatkan Joyah kaget sedikit sebab Joyah rasa Ogy bukanlah pure penyanyi. Bakat yang ada pada Ogy tu rasanya lebih layak kalau letak pada pencarian bakat lakonan.

Joyah tahu Ogy boleh menyanyi cuma pada pandangan mata Joyah macam tak kena sedikit. Tapi bila dah berpeluang jadi mentor, Ogy kena bukti dia mampu beri transformasi pada protege yang bakal dipilih nanti.

Joyah bukan tak puas hati dengan Ogy. Ha, jangan ada yang anggap Joyah iri hati. Joyah ulangi, Joyah hanya pelik kenapa tiba-tiba nama Ogy naik di kalangan mereka yang memang hard core menyanyi macam Ella dan Ramlah Ram.

Adam AF lagilah Tidak Layak Jadi Mentor

Lagi satu nama Adam tu. Rasanya Adam belum layak nak jadi mentor sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Apa pencapaian Adam sampai layak diangkat untuk jadi mentor?

Tapi kalau tak diberi peluang kita tak tahu apa natijahnya. Jadi Joyah terima senarai mentor-mentor dengan hati yang cukup terbuka. Apa yang lebih penting semua mentor ni perlu bukti yang mereka boleh. (Sumber: Utusan Malaysia)


Video Kontroversi Sebab-Sebab Ogy Ahmad Daud Saman Johan Raja Lawak.




mohdrohaizad.com - Kami turut menyokong pandangan Joyah mengenai pemilihan Mentor musim baru. Adakah pihak penerbit pakai tangkap muat pilih mentor? Patutlah yang keluar program realiti Mentor ini kebanyakan hampeh aja kan? Janganlah pentingkan keuntungan semata-mata wahai penerbit Mentor, elok bubarkan aja seperti Akademi Fantasia kalau dah tiada mentor-mentor yang berkaliber.

Ulasan