Ryzal Jaafar Enggan Kenang Semula Kontroversi Homoseksual & Gambar Bogel.
Aktor kacak Ryzal Jaafar enggan menoleh ke belakang dan mengenangkan
semula kontroversi hitam berhubung penyebaran gambar bogel dan fitnah
yang menuduhnya sebagai seorang homoseksual pada tahun lalu.
Ryzal atau nama sebenarnya (Gambar) Mohd Shahrizal Jaafar, 30, berkata
walaupun periuk nasinya tidak terjejas, dia tetap berasa trauma dan
tertekan dengan kontroversi yang pertama kali memalit dirinya sepanjang
lapan tahun bergelar artis.
Gambar Ryzal Jaafar Artis Malaysia
“Saya tidak mahu kenang lagi peristiwa yang sangat memalukan itu.
Alhamdulillah, kerjaya saya sebagai pelakon tidak tergugat walaupun
maruah saya tercalar dengan fitnah tersebut.
“Tidak pernah saya alami kontroversi sebegitu sepanjang menjadi artis. Ia adalah satu tamparan buat saya.
“Mujurlah, saya masih mendapat kepercayaan rakan-rakan, stesen
televisyen dan peminat yang menjadi penguat semangat untuk saya terus
melangkah,” luahnya kepada mStar Online, baru-baru ini.
Pelakon dari Alor Setar itu berkata, sehingga hari ini dia masih
terfikir apakah kesalahan yang sudah dilakukan kepada pihak yang
menyebarkan fitnah itu sehingga dia diperlakukan sedemikian.
Ryzal Jaafar Seksi Hot Pose
“Bukan mahu mengungkit atau memeningkan kepala tetapi sampai ke hari
ini, saya sering tertanya-tanya apakah kesalahan yang sudah saya lakukan
kepada pihak tersebut sehingga tergamak menganiaya saya sebegitu teruk?
“Kalau diperhatikan, senario fitnah yang mendakwa segelintir aktor di
Malaysia ini kononnya homoseksual semakin menjadi-jadi. Bukan saya
sahaja mengalami, malah ramai lagi artis lain turut berdepan dilema yang
sama.
Ryzal Jaafar Berhati-Hati
“Kejadian ini mengajar saya agar lebih berhati-hati dan lebih
selektif dalam bersahabat. Kita tidak boleh sewenangnya mempercayai
orang lain sepenuhnya kerana apa sahaja kemungkinan boleh berlaku pada
hari ini,” katanya.
Terbaru, drama bersiri sebanyak 13 episod lakonannya berjudul Friday I’m In Love (FIIL) akan disiarkan bermula 19 April ini pada setiap Khamis pukul 8.30 malam menerusi slot Aurora di TV9.
Selain Ryzal, drama bertemakan kisah percintaan anak muda itu turut
membariskan Qi Razali, Zoey Rahman, Aiman Hakim Ridza, Bella Dally dan
Nellydia Senrose. (Sumber: MStar)
Video Ryzal Jaafar Dalam OST Drama Hotel Mania
mohdrohaizad.com - Ryzal Jaafar menjadi kontroversi apabila dikaitkan dengan isu homoseksual dan gambar bogel tersebar di internet. Sememangnya Ryzal Jaafar wajib berhati-hati selepas ini, imej boleh terjejas teruk tambah-tambah baru nak naik kan.
Ulasan
Catat Komen
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.