Norshila Amin Bertudung - Berkecil Hati Dengan Industri Hiburan
Penyanyi popular era 80-an, Norshila Amin mengakui berasa kecil hati
dan terkilan dengan sikap warga industri hiburan tanah air yang seolah
meminggirkan artis-artis lama termasuk dirinya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Kad Ucapanmu itu berkata,
sejak mengundurkan diri daripada cabang seni pada sekitar 1997 ekoran
masalah kegawatan ekonomi, dia berasa seolah dipinggirkan dan jarang
mendapat jemputan daripada stesen televisyen atau radio bagi sebarang
program nyanyian.
Gambar Norshila Amin Terkini Pakai Tudung
“Saya berasa kecil hati dengan sikap penggiat industri hiburan yang
seolah melupakan segelintir besar artis-artis lama termasuk diri saya.
Selepas saya berundur diri pada 1997, tiada satu stesen televisyen atau
radio pun yang teringat untuk memanggil saya bagi menjayakan persembahan
atau jemputan ke program-program hiburan.
“Pada hal, mereka tahu di mana saya menetap dan mempunyai nombor
telefon saya. Lagu-lagu retro penyanyi-penyanyi lama ini terus rancak
dimainkan di merata stesen tapi mereka tidak teringat pun untuk mencari
penyanyi-penyanyinya.
Norshila Amin Kecewa Artis Terpinggir?
“Kalau ada pun, hanya berapa kerat sangat artis-artis lama yang masih
aktif muncul dan menghiasi acara-acara hiburan. Yang selebihnya, terus
terpinggir,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.
Ibu kepada empat anak itu berkata, kerinduan terhadap bidang nyanyian
tidak pernah lenyap walaupun selepas kira-kira 15 tahun menyepi sebagai
penyanyi rakaman.
“Saya masih aktif menyanyi jika ada undangan nyanyian di
majlis-majlis korporat, cuma sudah lama tidak muncul di kaca televisyen
atau media sahaja.
“Keutamaan kini tentunya pada urusan keluarga tetapi minat terhadap
nyanyian tidak pernah pudar. Saya memang rindu untuk kembali menyanyi
tetapi buat masa ini masih tiada lagu baru,” katanya yang kali terakhir
muncul dengan album komersial pada 1995.
Norshila Amin Artis Baru Bertudung
Norshila, 48, yang kini tampil bertudung sejak dua bulan lalu
berkata, jika ada peluang untuk menghasilkan album dia berhasrat untuk
mengeluarkan lagu-lagu berbentuk kerohanian bersesuaian dengan imej
muslimah dan status ibu yang digalasnya itu.
“Jika ada peluang atau tawaran untuk buat album, mengapa tidak? Saya
masih suka menyanyi cuma kini lebih cenderung kepada lagu-lagu
kerohanian.
“Dalam senario gejala sosial dan akhlak remaja yang makin merosot
pada hari ini, sebagai penghibur, saya berasa bertanggungjawab untuk
menyampaikan mesej yang baik menerusi lagu-lagu,” katanya yang kini
menetap di Seremban, Negeri Sembilan. (Sumber: MStar)
Video Norshila Amin - Kad Ucapanmu
mohdrohaizad.com - Norshila Amin terkini mengeluarkan kenyataan di media mengenai perasaan kecewa terhadap industri seni hiburan Malaysia yang meminggirkan artis sepertinya. Kenapa ya? Mungkin sebab Norshila Amin kurang panas? kurang gosip? kurang kontroversi? Yang pasti mungkin bukan rezeki Norshila Amin. Diharap selepas Norshila Amin pakai tudung ada perubahan selepas ini.
Ulasan
Catat Komen
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.