Astro Oasis Dedah Cara Perangi Sihir
Pakar perunding ilmu spiritual (Gambar) Datuk Engku Ansaruddin Agus
(Pak Engku) menegaskan tidak gentar untuk berhujah mengenai senario
ilmu sihir melalui program televisyen kerana merasakan ia wajar
didedahkan kepada masyarakat.
Pak Engku, 60 tahun, berkata, walaupun ilmu sihir adalah sesuatu yang
digeruni dan sensitif di kalangan masyarakat tetapi dia terpanggil untuk
memberikan pendedahan berdasarkan pengalamannya sebagai pengamal
perubatan alternatif selama 42 tahun.
“Saya akui sihir bukan perkara main-main dan memang mencabar. Jarang ada pihak yang berani untuk berhujah atau memerangi perkara ini secara terbuka apatah lagi menerusi program televisyen.
“Namun, saya tidak ragu-ragu atau gentar untuk menentang sihir kerana ia adalah satu kerugian jika saya tidak berkongsi ilmu dan pengalaman yang dimiliki ini untuk membantu masyarakat,” katanya kepada mStar Online.
Pak Engku berkata demikian selepas mengacarakan rakaman program terbaru berjudul Perangi Sihir (PS) di Pusat Penyiaran Asia Astro, Bukit Jalil di sini, malam Isnin.
Program bual bicara mingguan ini disiarkan selama 30 minit menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) pada setiap Isnin bermula pukul 7.30 malam sebanyak 13 episod.
Pak Engku berkata, umat Islam tidak perlu berasa takut atau tunduk kepada gangguan serta godaan jin dan syaitan, sebaliknya menentang amalan sihir tanpa tolak ansur.
“Sihir boleh dilawan jika kita mempunyai kekuatan rohani dan metafizik serta amalan yang cukup. Sebagai hambanya, kita wajar berusaha dan berserah selebihnya kepada Allah.
Gambar Pak Engku Program Perangi Sihir Di Astro Oasis

Program Perangi Sihir Terbaru Astro Oasis
Program bual bicara mingguan ini disiarkan selama 30 minit menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) pada setiap Isnin bermula pukul 7.30 malam sebanyak 13 episod.
Pak Engku berkata, umat Islam tidak perlu berasa takut atau tunduk kepada gangguan serta godaan jin dan syaitan, sebaliknya menentang amalan sihir tanpa tolak ansur.
“Sihir boleh dilawan jika kita mempunyai kekuatan rohani dan metafizik serta amalan yang cukup. Sebagai hambanya, kita wajar berusaha dan berserah selebihnya kepada Allah.
“Saya tidak akan berkompromi dengan jin dan syaitan. Unsur-unsur
kejahatan ini harus diperangi, ditangkap dan dibunuh,” terang pemilik
Pusat Rawatan Komplimentari Yashfien Herbs di Sungai Besi ini.
Panduan Manfaat Halang Ilmu Sihir
Dalam pada itu, Pengurus Saluran Astro Oasis Izelan Basar berkata, pihaknya bertanggungjawab untuk menyiarkan kandungan yang berguna termasuklah program berkaitan ilmu sihir yang boleh memberikan panduan dan manfaat kepada masyarakat.
“Kami ingin membantu masyarakat yang berdepan masalah berkaitan sihir untuk memperoleh maklumat dan berkongsi pengalaman mereka berdasarkan topik-topik perbincangan dengan Pak Engku.
“Sejak idea program ini dibentangkan, kami menghadapi pelbagai halangan dan gangguan sehingga ke hari pertama rakamannya. Namun, ia tidak menggoyahkan semangat kami untuk meneruskan penyiaran program ini,” jelasnya.
PS bakal memaparkan perbincangan Pak Engku dengan tetamu jemputan di studio mengenai pelbagai masalah berkaitan sihir daripada perspektif Islam serta kupasannya menerusi dalil (bukti) Al-Quran dan sunnah.
Antara topik perbincangan termasuklah Apa Itu Sihir dan Simptom Terkena Sihir, Kesan dan Akibat Terkena Sihir, Padah Bagi Pengamal Sihir, Contoh-contoh Amalan Sesat, Benteng Diri dan Rawatan Dengan Berzikir. - MStar.

Video Pak Engku - Tipu Daya Sihir Bersama Datuk Fadzilah Kamsah
Anda Peminat Dato' Haji Engku Ansaruddin Agus @ Pak Engku?
Jangan Lupa Klik Like Fan Page Pak Engku!

Mohdrohaizad.com - Rancangan program yang bermanfaat "Perangi Sihir" kepada para pelanggan Astro Oasis. Jangan lupa saksikan Perangi Sihir untuk mengetahui cara-cara menghalang ilmu sihir atau ilmu hitam sebagai penaduan kita bersama.
Ulasan
Catat Komen
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.