Perasmian Butik Milik Fazura House of Doll Ahad Ini!
Berdiri dengan jenama “House of Doll”, idea untuk memiliki butik sendiri hadir dua tahun lalu.
Gambar Fazura Buka Butik House of Doll
“Saya terfikir untuk memiliki sebuah butik hasil titik peluh saya sendiri setelah melihatkan aktiviti lakonan saya sendiri semakin berkurangan. Faz sendiri suka berfesyen dan apa yang ditawarkan oleh butik ini lebih kepada apa yang Faz suka. Faz mahukan kelainan dan apa yang kami tawarkan lebih kepada “ready to wear’ dan ada satu kejutan buat peminat.” jelas Fazura yang turut dinamakan sebagai jurucakap jenama telefon pintar Blackberry.
Fazura Jurucakap Blackberry
Mengelak untuk mengulas lanjut mengenai kejutan tersebut, namun apa yang boleh kami sampaikan adalah ia melibatkan kerjasama untuk “couture wear”.
Fazura ditemui di acara Blackberry “Stop Missing Out!” yang berlangsung di The Gardens, Mid Valley.
“Faz menghabiskan banyak masa di Twitter dengan menggunakan Blackberry. Saya yakin Blackberry merupakan peranti komunikasi terbaik untuk mendekatkan Faz dengan peminat.”
Kempen Telefon Pintar BlackBerry
Kempen “Stop Missing Out!” menawarkan peluang kepada peminat dan pengguna Blackberry bagi memenangi hadiah menarik antaranya menonton wayang, sesi memanjakan diri, karaoke, futsal dan membeli-belah bersama selebriti.
Selain Fazura, turut terlibat antaranya Bunkface, Jehan Miskin, Joe Lee, Julie Woon, Liyana Fizi dan Megan Tan.
Kempen ini bakal bermula pada 1 Jun hingga 1 Julai depan. Layari www.StopMissingOut.com.my untuk menyertai. - Portal Gua
VIDEO NUR FAZURA TIPS MAKE UP
Mohdrohaizad.com - Tahniah kepada Nur Fazura yang akan merasmikan butiknya bernama House of Doll. Nampak gayanya Fazura bakal menjalankan perniagaan sebagai sumber sampingan. Ada yang kata ia hasil usaha sendiri dan ada yang kata ditaja. Betul ke Fazura, yang mana satu ye?
Ulasan
Catat Komen
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.