Amy Search Dimasukkan Ke Institut Jantung Negara
(IJN)?
Berdasarkan gambar yang penulis lihat, Amy Search masih lagi dalam keadaan baik cuma dipantau oleh doktor. Mungkin ini merupakan inisiatif awal diambil oleh Amy Search untuk mengawal penyakit jantung. Ye la, orang kita ni kalau tak kritikal memang malas hendak ke hospital. Dah parah nak mati baru sedar. Tak gitu? Baik.. Sila baca sumber penulis dibawah..
Menurut Sumber Spy Murai
Terkejut juga
Murai Batu bila ada rakan Murai Batu bertanyakan mengenai kesahihan penyanyi
lagenda, Amy Search yang dikatakan telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara
(IJN), baru-baru ini.
Yelah, bila
Murai Batu dengar jer dia dimasukkan ke IJN tu maknanya seriuslah penyakitnya
bukan? Sakit jantung ni bukan boleh dibuat main-main. Tapi rupa-rupanya, bila
Murai Batu siasat punya siasat Amy Search ke sana bukanlah sebab kerana
diserang penyakit jantung. Sebaliknya, dia ke sana atas urusan untuk membuat
check-up jantungnya.
Lega sedikit
bila dapat tahu begitu. Malah, Amy Search sendiri turut berkongsi gambar kertas
X-Ray yang menunjukkan jantungnya sedang berada dalam keadaan baik dan sihat
menerusi laman sosial media, Instagram. Selain bergambar dengan nurse yang
cantik-cantik di IJN itu, Amy turut berkongsi sekeping gambar dia bersama
dengan seorang doktor yang dipercayai bertanggungjawab membuat pemeriksaan ke
atas dirinya.
Di dalam
gambar itu, Amy memberitahu, dia kini bebas daripada penyakit jantung dan boleh
menjalani kehidupan seperti biasa.
Berikut merupakan entri yang telah ditulis
di dalam gambar Amy bersama doctor berkenaan:
"This my Dr Shaiful Azmi Yahya at IJN. Dia
cakap no medicine & u r free to jump around,".
Baguslah
kalau begitu, kami dari Murai memang mendoakan kesihatan yang baik buat Amy
supaya dapat menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini tanpa dihinggap
sebarang penyakit yang kronik.
Gambar-Gambar Amy Search Di Institut Jantung Negara (IJN)
VIDEO NYANYIAN MEDLEY AMY SEARCH DI ABPBH 2013
mohdrohaizad.com - Penulis berharap Amy Search berada dalam keadaan sihat walafiat selalu. Walaupun dah berusia, Amy Search kena kurangkan aktiviti-aktiviti yang lasak, yela usia pun dah lanjut. kena berhati-hati juga, mana dengan kes anaknya si Nabila, memang sakit jantung kalau penulis jadi Amy Search pun. Kepada Murai Batu, thanks a lot. P/s: Sampai sekarang penulis masih nyanyi lagu kumpulan Search.
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.