Kesian: Benjy
Tumbuk Jurugambar Elak Dirakam Gambarnya Bergari Sebab Kes Dadahnya Yang Tidak Berkesudahan
Gambar Benjy digari, ya digari tetapi Benjy sangat marah apabila gambarnya diambil. Ada jurugambar yang kena penumbuk free daripada Benjy yang malu akibat ditangkap memiliki dadah jenis Syabu. Kes dadah tak habis lagi, kena pula kes tumbuk orang yang menjalankan tugas. Tahu pula malu si Benjy ni. Nak cover muka dah tak boleh sebab semua orang kenal siapa si Benjy ni.
Benjy Enggan Dirakam Gambarnya Dalam Keadaan Bergari
Menyedari kisah penahanannya
akibat menyalahguna dadah telah menarik perhatian ramai, pelakon Benjy telah
bertindak mengasari jurugambar bagi mengelak gambarnya dirakam dalam keadaan
bergari di Mahkamah Majistret Ampang, semalam.
Memetik laporan Utusan Online,
pada mulanya Benjy cuba menutup wajah dan menghalang jurugambar daripada
merakam gambarnya ketika keluar dari bilik mahkamah sebelum tiba-tiba bertukar
agresif.
Benjy kemudiannya menumbuk kepala
seorang jurugambar sebuah syarikat akhbar dan turut menepis beberapa kamera
jurugambar lain.
Anak Azean Irdawaty Tidak Serik Dengan Dadah
Sebelum ini, anak pelakon Azean
Irdawaty ini ditahan dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit
Antarbangsa dan polis telah menjumpai 4.7 gram dadah dalam sebuah bilik,
bagaimanapun tiada sebarang dadah ditemui pada badan Benjy dan rakan-rakannya.
Difahamkan, dia ditahan selepas
ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.
Pada
Mac 2010, Benjy telah didakwa atas tuduhan memiliki 0.24 gram syabu di No.
A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B melalui Jalan Segambut tetapi awal tahun lalu,
mahkamah mendapati pelakon itu tidak bersalah dan dibebaskan tanpa syarat. - MediaHiburan
VIDEO KES DADAH BENJY YANG LEPAS PUN TAK HABIS LAGI
mohdrohaizad.com - Artis bermasalah Benjy sukar merubah dirinya yang ketagihan dadah. Akibat terlalu malu bergari, jurugambar yang cuba mengambil gambarnya akan ditumbuk. Masih tidak mengaku bersalah ke Benjy? Kalau tak kesian kat diri sendiri pun, kesian la kepada keluarga yang banyak mengeluarkan air mata untuk anda wahai Benjy. Kami mendoakan semoga si Benjy ni insaf dan kembali bersih dari najis dadah. Susah kan bila dah mula ketagihan dadah? Oleh itu, jangan lupa ada yang mencuba-cuba untuk menyalahguna dadah walaupun hanya sekali untuk suka-suka.
Ulasan
Catat Komen
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.