Betul Ke
Datuk Siti Nurhaliza Mandul? Benar atau Tidak?
Terkini, Mohd Rohaizad membaca news tentang penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bercadang untuk mengambil dua orang anak angkat dari Palestin dalam usaha meringgankan beban penduduk negara Islam yang ditindas rejim Israel itu.
Siti Nurhaliza, 34 tahun, berkata, pengambilan anak angkat itu adalah dari segi penyaraan kos pembiayaan sara hidup mereka sehingga dewasa.
"Ya... saya telah dimaklumkan proses bagaimana untuk membantu mereka, iaitu salah satunya adalah dengan mengambil anak angkat.
Siti Nurhaliza Bela Anak Angkat Palestin
"Namun, kita tidak boleh membawa mereka keluar dari negara tersebut kecuali membiayai kos sara hidup mereka di sana," katanya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Amal Rebuild Gaza For A Nation, di sini, Sabtu.
Tambah Siti, bagaimanapun perkara tersebut akan dibincangkan secara mendalam dengan bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
"Saya baru diberitahu tadi tentang proses tersebut, Insyaallah nanti saya akan berbincang dengan suami tentang perkara itu," ujar Siti Nurhaliza - MStar
Betul Ke Siti Nurhaliza Mandul?
Kasihan pada Datuk Siti Nurhaliza. Sejak mendirikan
rumah tangga pada 21 Ogos 2006, sudah tidak terhitung jumlah soalan mengenai
cahaya mata yang diajukan kepadanya. Setiap kali disoal mengani anak, jawapan
Datuk Siti Nurhaliza tidak pernah berubah.
"Masih belum ada rezeki. Insya-Allah, kalau
diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata, saya akan mengumumkan kepada semua
pihak. Tiada apa yang perlu hendak saya rahsiakan."
Itulah antara jawapan yang sering diberikan Siti
kepada sesetengah pihak yang tidak pernah henti bertanyakan soalan itu
kepadanya.
Terfikir juga, adakah mereka tidak mengerti atau
sengaja buat-buat tidak faham dengan jawapan Siti itu.
Sebagai seorang bintang ternama negara, Siti tidak
mungkin akan merahsiakan dan pasti akan memberitahu kepada semua pihak
seandainya dia diberikan rezeki untuk menimang zuriatnya sendiri.
Lewat ini, berita kononnya Siti kini sedang hamil
kembali menjadi bualan gara-gara dia membatalkan sebuah konsert di Pulau Pinang
yang sepatutnya berlangsung pada 25 September lalu. Ia dikuatkan lagi dengan
surat sokongan daripada doktor pakar sakit puan dari Pusat Perubatan Prince
Court, Kuala Lumpur yang menyatakan Siti perlu berehat dan tidak dibenarkan
menjalani aktiviti berat.
Terbaru, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad
Jiwa dikatakan telah bertemu dengan seorang doktor pakar bagi mendapatkan
nasihat ketika berbulan madu sebelum bulan Ramadan lalu. Bukan itu sahaja,
penyanyi popular itu juga dikatakan telah diberikan dengan ubat kesuburan bagi
membantu mempercepatkan lagi proses kehamilannya. Semuanya adalah usaha Siti
dan Khalid yang tidak pernah lelah untuk terus mencuba menimang cahaya mata
mereka sendiri.
Bertemu dengan tuan punya badan sewaktu majlis rumah
terbuka anjuran SimplySiti di Restoran Saloma Bistro di ibu negara, baru-baru
ini, Siti hanya tersenyum apabila diminta untuk mengesahkan berita tersebut.
Dengan nada berhemah, Siti menafikan bahawa dirinya
telah mendapatkan rawatan tersebut seperti mana yang dilaporkan.
"Sewaktu bercuti ke sana, saya dan suami sempat
berkunjung ke sebuah pusat akupunktur untuk mendapatkan rawatan alternatif.
"Saya rasa tidak salah untuk kita mencuba rawatan
lain selain daripada bertemu dengan doktor pakar. Seperti mana yang kita tahu
juga, akupunktur ini memang baik untuk kesihatan dan kita dapat tahu masalah
yang dihadapi.
"Apatah lagi, kebaikan ubat dan akar kayu yang
sering kali digunakan dalam rawatan itu juga dapat membantu melancarkan sistem
dalam badan. Itu yang sebenarnya berlaku ketika di London dan bukannya mendapat
rawatan kesuburan itu," luah penyanyi yang cukup masyhur dengan lagu
Cindai ini tanpa selindung.
Sudah menjadi seorang isteri selama empat tahun, untuk
memegang portfolio sebagai ibu memang cukup diinginkan Siti. Sebagai hamba
Allah, dia cukup sedar dan akur dengan Qada dan Qadar apabila membicarakan
tentang soal cahaya mata.
Terfikir juga tidak pernahkah Siti berasa bosan untuk
menjawab soalan tentang anak daripada pihak yang seolah-olah tidak faham bahasa
yang berterusan bertanyakan soal itu walaupun sudah dijawab berkali-kali oleh
Siti.
"Saya cukup sedar dan akur dengan kedudukan saya
sebagai seorang artis dan apa sahaja tentang diri kita, masyarakat mahu ambil
tahu.
"Namun, saya tidak menyesal dengan apa yang
berlaku kerana ini jalan yang saya pilih dan saya harus menghadapinya dengan
tabah serta tenang.
"Jadi, saya tidak boleh berasa marah mahupun
geram apabila soal anak sering kali diajukan kepada saya. Apa yang berlaku
hanya Allah sahaja yang tahu gelodak di dalam hati saya.
"Insya-Allah, sampai waktu dan ketikanya, saya
pasti akan mengumumkannya sebab ia adalah perkara yang baik. Teruskan berdoa
untuk saya," pinta juara Bintang HMI 1995 ini dengan maksud yang cukup
mendalam.
Siti juga tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan
kaedah persenyawaan tabung uji (IVF) dalam usahanya untuk mendapatkan
zuriatnya. Namun, semuanya bergantung kepada keadaan dan masa apabila
difikirkannya perlu untuk mencubanya. - Blog SyurgaItuIndah
VIDEO GWIYOMI SITI
NURHALIZA BERSAMA SITI UMAIRAH
mohdrohaizad.com - Betul ke Datuk Siti Nurhaliza mandul atau tidak boleh dapat anak? Pelbagai cara digunakan untuk mengatasi masalah tersebut. Bila difikir-fikirkan, penulis dan para peminat penyanyi tersohor Malaysia ini memang kesian, semua dah ada kecuali anak sebagai waris dan pengubat sayang dan duka. Bagi Datuk K mungkin tiada masalah tetapi kepada Siti Nurhaliza? Asyik-asyik orang ramai tanya, bila Siti Nurhaliza ni nak dapat anak? Memang tidak mampu dijawab la.. Apa-apapun kita kena berbalik kepada Allah S.W.T. iaitu ajal, rezeki dan jodoh merupakan ketentuan-NYA. Mohd Rohaizad harap dan berdoa dengan inisiatif Datuk Siti Nurhaliza hendak membela anak angkat terutamanya dari Palestin akan membuahkan hasil iaitu mendapat anak sendiri, mana tau kan rezeki?
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.