Tahukah
Anda: Kisah Benar Aaron Aziz Pernah Menyertai Kumpulan Gengster Singapura –
Semasa Remaja
Kisah benar abang Aaron Aziz kita ini sebenarnya memang seorang gengster dari Singapura suatu ketika dulu semasa remaja. Kisah ini diakui sendiri untuk berkongsi bersama peminat, agak-agak abang Aaron Aziz buat kerja apa semasa masuk jadi gengster dulu? Cuba teka sendiri ya.. Gaya samseng Aaron Aziz nampak real kalau para peminat perasan, tak percaya? Cuba tengok berulang kali dalam filem-filem aksinya.
Pendedahan Aaron Aziz Melakukan Aktiviti Tidak Bermoral
Pendedahan Aaron Aziz Melakukan Aktiviti Tidak Bermoral
Pelakon
Aaron Aziz mendedahkan dia pernah melakukan aktiviti tidak bermoral pada zaman
remajanya dengan menyertai satu kumpulan gengster di Singapura.
Aaron
atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 37 tahun, berkata, dia sering dianggap
lelaki ganas sehingga ditakuti ramai orang namun pengalaman bergaul dengan
golongan itu telah banyak mengajar dia untuk mengenali masyarakat di
sekeliling.
Gambar Aaron Aziz Gaya Seorang Gengster Sebenar
"Biasalah
zaman muda dahulu. Perasaan ingin tahu melebihi segala-galanya dan semua benda
kita mahu cuba dan lihat.
"Tetapi
berkawan dengan orang jahat tidak semestinya kita akan jadi jahat. Pada
pendapat saya berkawan dengan mereka mengajar saya jadi bijak dalam mengenali
orang di sekeliling saya," katanya.
Aaron
ditemui pada sesi temu bual eksklusif di restoran Bait di sini pada Khamis.
bersempena pelancaran program biografinya yang akan disiarkan menerusi saluran
E! Entertainment.
Aaron,
pelakon dari Singapura itu merupakan artis pertama di Asia yang berpeluang
muncul dalam program itu berjudul i E!
Special: Aaron Aziz
Kisah Benar Aaron Aziz Menyertai Kumpulan Gengster Dikongsi Bersama Peminat
Kisahnya
terlibat dalam kumpulan gengster juga akan dikongsi dengan para peminat
menerusi program itu yang akan disiarkan pada 7 Julai depan selama satu jam
menerusi saluran Astro, 712.
Dalam
pada itu, Aaron juga akan berkongsi rahsia peribadinya dalam program tersebut,
terutamanya mengenai kisah-kisahnya pada zaman kanak-kanak dan remaja.
"Tak
silap saya ada dalam 30 peratus rahsia saya didedahkan kepada umum. Jujurnya
saya tak sangka diberi peluang untuk menceritakan hal peribadi dan karier dalam
sebuah program biografi khas di saluran hiburan popular dunia.
"Saya
menyifatkan ia sebagai satu penghormatan dan penghargaan buat diri. Sebenarnya
kru produksi saluran itu cuba mencari apa-apa kontroversi untuk dipaparkan
dalam program itu.
"Apabila
saya kata tidak banyak kontroversi yang ada, mereka terkejut. Malah tidak
sangka perwatakan saya sangat santai ketika ditemu bual. Mereka kata saya ini
seorang yang rendah diri," ujarnya.
Aaron Aziz Sambut Hari Raya Aidilfitri Bersama Astro Ria
Dalam
perkembangan lain, Aaron bakal muncul menerusi program Raya Sampai Pengsan bersama Nabil Ahmad pada sambutan
Aidilfitri nanti di Astro Ria.
Selain itu dia juga kini sibuk dengan penggambaran drama Tentang Hati (untuk saluran RTM) bergandingan
dengan aktres Fasha Sandha dan bakal memulakan penggambaran filem Adam dan Hawa pada September depan. - MStar
VIDEO ABANG AARON AZIZ LARI 5 PUSINGAN DALAM STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL
mohdrohaizad.com - Aaron Aziz telah membongkarkan kisah benarnya menyertai salah satu kumpulan gengster dari Singapore. Ganas tak abang Aaron Aziz kita ni? Kebanyakan peminat nampak Aaron Aziz lebih kepada watak romantik dan santai tetapi sebalik sisinya.. Siapa sangka sebenarnya abang Aaron Aziz memang seorang gengster suatu ketika dulu semasa dia remaja. Ada artis berani kongsi kisah benar mereka macam abang Aaron Aziz? - Penulis gengster kampung jer.. Ala ala Sarip Dol.. Hehehe (Perasan jer)
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.