Nadi
Anaqi Nama Anak Zahiril Adzim & Shera Aiyob
Tahniah! Kepada pasangan Zahiril Adzim dan Shera Aiyob yang mendapat anak sulung dan menamakan baby yang cute tu "Nadi Anaqi" yang membawa maksud Keindahan Yang Menawan Hati. Harap lepas ni baby kesayangan mereka berdua ni tertawan hati keletahan anak ya.
Gambar Zahiril Adzim dan Shera Aiyob Selepas Bernikah
Sumber Media Hiburan
Pasangan pelakon Zahiril Adzim dan Shera Aiyob yang baru menimang cahaya mata sulung pada 19 Jun lalu telah sepakat nama Nadi Anaqi untuk anak kesayangan mereka.
Ditanya lebih lanjut tentang pemilihan nama untuk anak mereka, Shera menjelaskan;
"Kami sepakat memilih nama Nadi Anaqi yang membawa maksud keindahan yang menawan hati. Nama itu dipilih kerana mempunyai maksud yang baik disamping mudah disebut," ujar Shera.
Zahiril dan Shera telah mendirikan rumah tangga pada 25 November 2011 dalam satu majlis yang diadakan di Taman tasek Indra, Perak.
Gambar Nadi Anaqi Nama Anak Zahiril Adzim dan Shera Aiyob
Gambar Nadi Anaqi Nama Anak Zahiril Adzim dan Shera Aiyob
TENGOK LAKONAN ZAHIRIL ADZIM, SHERA AIYOB DAN FARA FAUZANA DALAM TELEMOVIE HARUSKAH ADA RINDU
mohdrohaizad.com - Penulis dan para peminat industri hiburan mendoakan semoga Zahiril Adzim dan Shera Aiyob dapat menjadi ibu bapa yang baik buat anak mereka iaitu Nadi Anaqi. Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai dan didiklah mereka dengan terbaik. Tahniah sekali lagi ya.
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.