Pengarah Ambil Kesempatan Cabul Pelakon Baru Untuk Menjadi Artis Popular Malaysia?
Terkini mangsa cabul telah membuat laporan polis terhadap pengarah gatal yang cuba mengambil kesempatan terhadap pelakon artis malaysia yang baru hendak bertapak dalam industri hiburan. Seringkali kita mendengar kes pengarah mengambil kesempatan terhadap artis baru, yang lebih teruk lagi ada yang rela menjadi habuan nafsu serakah kepada orang-orang besar dan ternama dalam industri hiburan untuk mendapat tempat dalam filem dan drama. kali ini pengarah cabul tidak akan terlepas dan telah berjaya ditahan oleh pihak polis.
Pengarah Cabul Pelakon Baru Ditahan Polis
Seorang
pelakon baharu yang mendakwa dicabul oleh seorang pengarah drama pada minggu
lalu berasa lega apabila individu itu ditahan polis pada Rabu lalu bagi
membantu siasatan.
Pelakon
yang mahu dikenali sebagai Ffarrah Ismail, 23 tahun, berkata, dia menganggap
maruahnya terbela dengan penahanan itu dan berharap kes cabul tersebut dapat
dilaksanakan seadil mungkin agar menjadi pengajaran kepada semua pihak.
Gambar Pelakon Baru Artis Malaysia Membuat Laporan Polis Kerana Dicabul Pengarah Drama Gatal
"Apabila
mendapat tahu dia ditahan, saya rasa maruah saya akhirnya terbela selepas
beberapa bulan saya simpan rahsia ini kerana terlalu takut. Sekarang ini ia
sudah pun menjadi kes polis dan kita tunggu sahaja apa akan berlaku,"
katanya.
Ffarrah
ditemui pada sidang media khas anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan)
yang ingin membela nasib pelakon baharu itu di Plaza Damansara, di sini,
Khamis.
Bagaimanapun
wanita ini memohon agar wajahnya dikaburkan semata-mata ingin mengelak daripada
menjadi perhatian ramai.
Turut
hadir Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez.
Pengarah Berusia 60-an Didakwa Cabul Artis Baru
Pengarah Berusia 60-an Didakwa Cabul Artis Baru
Pada
17 Jun dan 23 Jun lalu, Ffarrah telah membuat laporan masing-masing di Balai
Polis Mutiara Damansara di sini dan Tampin, Negeri Sembilan dengan mendakwa
seorang pengarah drama berusia 60-an yang memegang jawatan dalam sebuah persatuan
seni telah mencabulnya ketika di lokasi penggambaran.
Dalam
penggambaran yang dijalankan awal bulan Januari lalu di Tampin itu, Ffarrah
mendakwa telah dicabul beberapa kali dan turut dipaksa menjadi pembantu
peribadi pengarah itu bagi memudahkan dia mengambil kesempatan.
Tambah
Ffarrah, dia tidak menyangka banyak cabaran yang perlu dilaluinya untuk
bergelar seorang pelakon.
Sementara
Freddie berkata, pihaknya akan membantu Ffarah dalam memastikan dia tidak
membuat sebarang tindakan melulu selain akan memberi pandangan daripada aspek
perundangan untuk kes tersebut.
Gambar Presiden Karyawan Membantu Mangsa Cabul Pengarah Yang Mengambil Kesempatan
"Sebagai
persatuan yang membantu artis-artis negara ini, pihak kami ingin menolong
Ffarrah dalam menyelesaikan masalahnya dengan menghulurkan bantuan guaman
selain memberikan khidmat nasihat kepadanya," kata Freddie.
Terdahulu
akhbar pada Khamis melaporkan seorang pengarah drama telah ditahan polis bagi
membantu siasatan berhubung kes cabul selepas mendapat laporan daripada pelakon
baharu.
Ketua
Polis Daerah Tampin, Superintenden Wooi Kooi Cheang berkata, pengarah tersebut
ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah itu bagi membantu siasatan
berhubung laporan berkenaan.
Kes
tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. - MStar
VIDEO PENGARAH CABUL LUCAH DILAPOR KEPADA POLIS SECARA BERAMAI-RAMAI
mohdrohaizad.com - Kes cabul pelakon baru artis Malaysia telah lama kita dengar tapi jarang mereka ditahan polis kerana ada mangsa yang malu dan ada yang suka denga rela hati demi nama glamor dalam industri hiburan. Dengan kata lain, janji ada job, tak kisahlah beri body untuk diratah oleh si hidung belang yang sememangnya suka mengambil kesempatan. Syabas penulis ucapkan kepada mangsa yang berani untuk tampil membuat laporan polis dan mendakwa si pengarah cabul lagi lucah tersebut. Siapa ya pengarah cabul tersebut?
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.