Nasib Malang Apabila Rumah
Almy Nadia Terbakar | Ibu Patah Tulang Rusuk | Perniagaan Terhenti | Putus Cinta
Kesian apabila nasib malang menimpa Almy Nadia kerana rumah terbakar dan lebih menyedihkan ibunya patah tulang rusuk. Lebih kejam, Almy Nadia tidak dapat pulang kerana diikat kontrak dengan penggambaran drama. Fuhh.. macam-macam menimpa Almy Nadia, diharap bersabar banyak-banyak ya. Sumber MStar melaporkan kisah Almy Nadia, boleh baca dibawah.
Bekas Kekasih Fizz Fairuz Ditimpa Ujian
Baru
sahaja kes putus cinta dengan pelakon Fizz Fairuz reda, aktres Almy Nadia
ditimpa ujian lain apabila rumahnya di kampung terbakar, manakala ibunya patah
tulang rusuk kanan.
Almy
Atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27 tahun, berkata, dia amat sedih
dengan kejadian itu, apatah lagi tidak dibenarkan pulang ke kampung oleh
syarikat produksi kerana masih lagi terikat dengan penggambaran drama.
"Tuhan
sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya sekarang, fikiran saya hanya
mengingatkan kampung halaman dan ibu yang sedang sakit.
"Saya
memang minta cuti untuk balik sekejap sejak rumah saya terbakar minggu lalu
tapi sehingga sekarang saya tidak dibenarkan cuti dengan alasan akan mengganggu
jadual artis lain," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.
Punca Kebakaran Akibat Letupan Kecil Daripada Radio Lama
Almy
memberitahu pada 16 Jun lalu, rumah keluarganya di Kampung Pondok Upih, Balik
Pulau, Pulau Pinang terbakar pada bahagian bilik tingkat bawah akibat letupan
kecil daripada sebuah radio lama.
Bagaimanapun,
menurut Almy, tiada ahli keluarga yang tercedera dalam kejadian tersebut.
Manakala
pada malam Rabu lalu, ibunya Roshida Hashim, 45, pula mengalami patah tulang
rusuk kanan selepas terjatuh di bilik air.
"Alhamdulillah
walaupun kebakaran agak teruk tetapi tiada siapa yang tercedera dan bomba dapat
mengawal api sebelum merebak ke bahagian atas.
"Saya
difahamkan ia berlaku apabila sebuah radio lama meletup secara tiba-tiba
walaupun tiada sebarang aliran elektrik kepada radio tersebut.
"Belum
sempat saya balik menjenguk keluarga, saya diberitahu ibu pula jatuh bilik air,
bayangkan bagaimana perasaan saya ketika ini," jelasnya.
Perniagaan Almy Nadia Terhenti Sementara
Tambah
Almy, perniagaan makanan sejuk beku yang baru sahaja diusahakan bersama ibunya
turut tergendala.
"Kami
baru sebulan mulakan bisnes karipap sejuk beku yang dibuat sendiri namun
selepas rumah terbakar ia dihentikan sementara, ditambah pula ibu sekarang
dalam keadaan tidak sihat.
"Insya-Allah
kalau rumah sudah siap dibaiki dan ibu sihat, perniagaan itu akan disambung
semula kerana permintaan setakat ini menggalakkan," katanya.
Bagaimanapun,
kata Almy dia menerima dugaan tersebut dengan hati yang tenang dan menganggap
ia adalah sebagai satu ujian daripada Allah.
"Saya
susah hati dan tiada pula tempat mengadu, semuanya saya tanggung sendiri.
"Sekarang
saya hanya fikir positif dan anggap ujian tersebut adalah penghapus dosa-dosa
yang telah saya lakukan," katanya yang sedang menjalani penggambaran drama Maahad Al-Amin untuk televisyen Al-Hijrah. - MStar
VIDEO KENANGAN CINTA ALMY NADIA DAN FIZZ FAIRUS
mohdrohaizad - Begitulah kisah sedih Almy Nadia, rumah terbakar, ibu patah tulang rusuk, putus cinta dan perniagaan terhenti sementara. Macam-macam nasib malang menimpa diri Almy Nadia. Penulis harap Almy Nadia bersabar dengan ujian dugaan yang menimpa diri dan keluarganya.
Ulasan
Catat Komen
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.