Aizat Bercinta Dengan Yuna
atau Zee Avi? Pilihan Anda?
mohdrohaizad.com - Menurut sumber Portal Gua, Aizat telah menafikan dia bercinta dengan Zee Avi. Tetapi gosip diantara Aizat dan Zee Avi tidak ditutup begitu sahaja. Menurut sumber yang lain juga, Aizat mengintai peluang untuk menyintai Yuna.
Zee Avi dan Yuna memang menjadi taste Aizat disebabkan kejayaan mereka ke peringkat antarabangsa. Jika diberi peluang, anda hendak yang mana untuk digandingkan aizat sebagai pasangannya? Bagi penulis, Zee Avi memang sesuai sangat dan secocok. Bagai pinang dibelah dua jika Aizat bersama Zee Avi.
Zee Avi dan Yuna memang menjadi taste Aizat disebabkan kejayaan mereka ke peringkat antarabangsa. Jika diberi peluang, anda hendak yang mana untuk digandingkan aizat sebagai pasangannya? Bagi penulis, Zee Avi memang sesuai sangat dan secocok. Bagai pinang dibelah dua jika Aizat bersama Zee Avi.
Aizat Rahsia Bakal Isteri
Penyanyi muda ini jarang terlibat dengan
mana-mana gosip yang mengatakan dia sedang bercinta atau berkasih dengan
mana-mana perempuan. Namun, sejak kebelakangan ini timbul pula gosip yang
mengatakan penyanyi berbakat besar, Aizat sedang bercinta dengan seorang artis
yang kini sedang gah menempa nama di Amerika Syarikat iaitu Zee Avi.
“Sebenarnya, saya dan dia tidak mempunyai
sebarang hubungan istimewa seperti didakwa oleh sesetengah pihak, tetapi kami
berdua adalah merupakan sahabat baik dan saya ada merancang untuk berkolaborasi
bersama-sama dengannya dalam album saya yang akan datang.
Aizat Puji Kecantikan & Kelunakan Zee Avi
Namun, tidak dinafikan bahawa dia seorang
wanita yang cantik serta mempunyai suara yang merdu dan lunak, sekaligus
membuatkan saya begitu kagum dengannya dan ingin menjadi seperti dia,” kata
Aizat.
Jelasnya lagi, sekiranya diberi peluang
untuk bersama-sama Zee Avi dan rakannya yang lain seperti Yuna untuk merakamkan
album di Amerika Syarikat, sudah pasti dia tidak akan menolak peluang keemasan
itu.
Aizat Nafi Bercinta Dengan Zee Avi & Yuna
“Saya berkawan dengan Zee Avi dan juga
Yuna adalah kerana ingin menjadikan diri mereka sebagai contoh untuk saya terus
berjaya dan mencipta nama bukan saja di lapangan industri muzik Malaysia,
bahkan di seantero dunia seperti mereka. Sekiranya diberi peluang untuk mencipta
nama di luar negara sudah tentu saya tidak menolak malah cukup berterima kasih
kerana diberi peluang sebegitu,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Aizat Berduet Dengan Zee Avi
Menyentuh mengenai perkembangan karier nyanyiannya, Aizat memberitahu
akan menerbitkan album tidak lama lagi dan uniknya album kali ini adalah dia
akan berkobolarasi bersama-sama dengan Yuna dan juga Zee Avi. - Portal Gua
VIDEO AIZAT FEAT YUNA - DWIHATI OFFICIAL MUSIC VIDEO
Mohd Rohaizad - Aizat bercinta di antara Yuna atau Zee Avi. Pilihan anda? Jika penulis memang suruh si Aizat ini pilih Zee Avi sebagai calon isteri. Tahun depan dah cukup 25 tahun, dah memang target Aizat untuk berkahwin. Oleh itu, pilihlah Zee Avi ya Aizat. Kami para peminat sentiasa doakan kalian bertemu dengan jodoh pilihan yang terbaik buat Aizat, Yuna dan Zee Avi.
Ulasan
Catat Komen
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.