Album Dato Jeffrydin Terbaru "Debaran Rindu" Bersama One Nation Emcee
Blog hiburan Mohdrohaizad.com tertarik dengan lagenda Pop Yeh Yeh Malaysia, siapa? Tentulah Dato Jeffrydin yang tidak asing lagi bagi kita. Beliau telah mengeluarkan album terbaru yang berjudul "Debaran Rindu" yang turut digandingkan bersama artis moden iaitu kumpulan One Nation Emcee. Siapa jeffrydin? Nama sebenarnya ialah (Gambar) Raden Jeffrydin Raden
Imbromsoekaman atau lebih dikenali sebagai Jeffrydin merupakan seorang penyanyi
yang mencipta namanya sejak tahun 1960-an lagi. Ketika itu, pengaruh kumpulan The
Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971.
Istilah "pop yeh-yeh" telah diambil dari judul lagu popular The
Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960an, biasanya
diiringi oleh kumpulan kugiran. Jefrydin
menjadi kegilaan peminat sebagaimana Allahyarham A. Ramlie. (Gambar Artis) Jefrydin selalu
diserbu peminatnya pada setiap pertunjukkan hingga bajunya pernah koyak-koyak
dan tercabut butang. Malah albumnya, EP Kenanganku pernah dijual melebihi
150,000 unit ketika itu.
Album Debaran Rindu - Jeffrydin
Artis veteran popular Malaysia, Dato' Jeffrydin tampil dengan album baru berjudul 'Debaran Rindu'
setelah 10 tahun tidak mengeluarkan album untuk mengubat kerinduan peminat.
Penyanyi yang terkenal dengan irama pop yeh yeh ini muncul dengan album yang
mengandungi enam buah lagu baru.
Album ‘Debaran Rindu’ menerima sentuhan daripada Dato' M.
Nasir dan Azmeer yang bertindak selaku penerbit. Masih mengekalkan konsep muzik
yang sangat sinonim dengan Jeffrydin iaitu pop yeh yeh dengan sentuhan nuansa
muzik semasa. Penampilan istimewa kumpulan rap popular masa kini, (Gambar Artis) One Nation
Emcee yang bergandingan dengan Jeffrydin dalam lagu ‘Debaran Rindu’ telah
membuktikan yang Jeffrydin juga peka dengan kehendak peminat muzik masa kini.
Lagenda Pop Yeh Yeh Malaysia - Jeffrydin
“Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk merakam lagu
baru dan ciptaan baru di zaman moden ini setelah sepuluh tahun tidak muncul
dengan album baru. Saya sangat teruja dengan undangan daripada pihak M. Nasir.
Saya merasakan yang saya sebagai wakil penyanyi irama pop yeh yeh dan saya
bersyukur kerana kini saya masih berpeluang meneruskan perjuangan saya dan
rakan-rakan saya untuk mengangkat muzik ini,” jelas penyanyi yang popular
dengan lagu ‘Kenanganku’.
“Saya percaya album ini dapat dipasarkan dan penjualannya
akan mendapat respon positif. Album ini lain daripada yang lain. Elemen muzik
baru juga disuntik dalam irama pop yeh yeh dan saya harap anak-anak muda juga
akan dapat menghayati album ini. Saya tujukan album ini kepada peminat saya di
serata pelusuk dunia yang meminati saya dan irama pop yeh yeh,” jelas Jeffrydin
yang ditemui di majlis pelancaran album barunya di The Royale Bintang The
Curve, baru-baru ini.
Gosip Hangat: Jeffrydin Terima Gelaran Dato Daripada Sultan Sulu, Filipina?
Mengulas mengenai khabar angin yang mempertikaikan gelaran
Dato’ yang diterima Jeffrydin, dia tidak berkecil hati dengan perkara tersebut.
“Terserahlah. Mungkin mereka yang berkata sedemikian
mempunyai perasaan iri hati kepada saya. Saya tidak terguris hati, kerana saya
percaya semua perkara ada hikmah dan hanya menganggap ini sebagai permainan
dunia. Apa yang pasti, gelaran yang saya terima ini sah kerana gelaran ini
dikurniakan oleh kerajaan negeri Melaka pada tahun 2009 dan bukannya daripada
Sultan Sulu di Filipina yang tidak diiktiraf,” ulas Jeffrydin mengakhiri
perbualan. - Portal Gua.com.my
VIDEO MUZIK DATO JEFFRYDIN FEAT ONE NATION EMCEE
Mohd Rohaizad - Tahniah diucapkan kepada Jeffrydin yang berjaya mendapat gelaran Dato'. Kontroversi mengenai gelaran Dato' yang kononnya dikurniakan oleh Sultan Sulu adalah tidak berasas dan telah dinafikan Jeffrydin sendiri. Tahniah juga kerana Dato Jeffrydin telah berjaya mengeluar album terbarunya yang bertajuk "Debaran Rindu", lebih menarik artis moden iaitu One Nation Emcee turut terlibat bersama. Nampaknya Dato Jeffrydin kembali mengegarkan dunia hiburan dengan lagu-lagunya yang pasti menarik perhatian ramai peminatnya. Anda peminat Pop Yeh Yeh?
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.