Ana Dahlia Bintang Utama Suhan
Movies | Anak Emas Rosyam Nor?
Blog hiburan mohdrohaizad.com telah lama tidak mendengar gosip terbaru artis Malaysia Ana Dahlia. Selepas bercerai dengan Chef Riz, Ana Dahlia tetap tabah mengharungi industri hiburan yang penuh dugaan. Nasib menyebelahi (Gambar Artis) Ana Dahlia apabila berjaya menjadi bintang utama dalam Suhan Movies kerana gosip dikatakan sebagai anak emas kepada bintang popular Rosyam Nor.
Kontroversi Selebriti - Ana Dahlia Anak Emas Rosyam Nor?
Ana Dahlia, salah seorang aktres yang meningkat naik dan merupakan
bekas peserta rancangan realiti lakonan yang pernah diterajui oleh Rosyam Nor,
'Pilih Kasih' dikatakan menjadi anak emas Rosyam Nor kerana dia telah
membintangi kedua-dua drama bersiri terbitan Suhan Movies yang bakal disiarkan
sempena bulan Ramadan ini.
Menemui aktor berbakat besar, Rosyam Nor di majlis pratonton drama
bersiri ‘Cinta Yang Satu’ dan ‘Dia Tetap Ayah’ terbitan Suhan Movies, dia
menjelaskan yang semua ini hanya kebetulan sahaja.
“Perkara ini hanya kebetulan sahaja. Penggambaran drama bersiri
‘Cinta Yang Satu’ telah dilakukan pada tahun lalu manakala drama bersiri ‘Dia
Tetap Ayah’ baru sahaja habis menjalani penggambaran. Secara kebetulan, drama
bersiri ‘Cinta Yang Satu’ dan drama bersiri ‘Dia Tetap Ayah’ disiarkan pada
bulan Ramadan tahun ini dan saya akui yang kedua-dua watak ini sangat
bersesuaian dengan Ana sendiri,” jelas Rosyam yang merupakan pemilik syarikat
produksi Suhan Movies.
Ana Dahlia Berlakon Drama "Cinta Yang Satu" & Drama "Dia Tetap Ayah"
“Watak wanita cacat penglihatan yang Ana Dahlia lakonkan dalam drama
‘Cinta Yang Satu’ mencabar kewibawaannya sebagai seorang pelakon dan watak
antagonis yang diterajuinya dalam drama ‘Dia Tetap Ayah’ memberikan warna yang
berbeza dalam lakonannya. Dia boleh membawa kedua-dua watak tersebut, jadi saya
memberikan dia peluang ini. Lagipun Ana merupakan anak didik saya dalam program
Pilih Kasih dahulu,” tutur (Gambar Artis) Rosyam Nor gembira apabila anak-anak didiknya dalam
'Pilih Kasih' dahulu kini semakin mendapat tempat dalam industri hiburan tanah
air.
“Saya amat gembira apabila mereka makin dikenali dalam industri
ini. Dahulu saya ada berpesan kepada mereka, jika mereka ingin berjaya dalam
bidang ini, mereka kena kuat dan bermula dari bawah. Kini, bakat-bakat mereka
semakin menjadi pilihan penggemar industri hiburan seperti Cristina Suzanne,
Ana Dahlia, Bella Dally, Bil Azali, Ku Hariz dan ramai lagi,” cerita pelakon
yang pernah membintangi filem ‘KL Menjerit’ ini.
Gambar Keluarga Rosyam Nor, Isteri dan Anak-Anak
Bintang Popular Rosyam Nor Berlakon Filem KL Gangster 2 & Balistik
Bercakap mengenai perkembangan terbarunya, dua filem terbaru
lakonan Rosyam Nor bakal menjengah pawagam. Filem ‘KL Gangster 2’ bakal menemui
penonton pada bulan Oktober ini dan filem ‘Balistik’ bakal ditayangkan pada
Januari tahun hadapan.
“Setelah sekian lama saya tidak keluar dengan filem terbaru, dua
filem ini bakal menemui penonton. Saya menaruh harapan kepada dua filem ini.
Kedua-dua filem ini merupakan filem aksi dan saya punyai matlamat untuk
membuktikan kepada khalayak ramai bahawa umur bukan faktor bagi seseorang
pelakon itu untuk membintangi filem bercorak aksi,” ulas Rosyam lagi.
“Saya juga menaruh keyakinan kepada dua naskah filem ini. Bukan
pelakon sahaja yang membuat filem bagus, malah semua orang yang terlibat,
terutamanya kru produksi filem itu sendiri,” cerita Rosyam yang bakal menjalani
penggambaran sebuah filem bercorak aksi dan drama arahan Silver Chang selepas
sambutan Aidilfitri tahun ini. - Portal Gua.com.my
VIDEO ANA DAHLIA SUMPAH TIDAK CURANG SEMASA MENJADI ISTERI CHEF RIZ
Mohd Rohaizad berharap Ana Dahlia yang menjadi bintang utama bagi drama produksi Suhan Movies melakukan yang terbaik dalam lakonannya dan bukan sekadar digosipkan sebagai anak emas kepada Rosyam Nor. Mungkin selepas ini bintang Ana Dahlia akan lebih menyerlah hasil didikan mahaguru Rosyam Nor yang diketahui ramai seorang pelakon yang hebat di Malaysia suatu ketika dahulu.
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.