Anak Nurul Wahab & Eric Daniel Depp Dijangka Lelaki?
Penyanyi (Gambar) Noorul Huda Abdul Wahab
atau lebih dikenali sebagai Nurul wahab mengakui teruja apabila mendapat tahu
bakal menimang cahaya mata lelaki pada Oktober depan.
Nurul, 36 tahun, berkata, dia memang
berharap agar dikurniakan seorang anak lelaki sebagai pelengkap kehidupan rumah
tangganya bersama (Gambar) Eric Daniel Depp, 48 tahun.
"Saya baru diberitahu bayi
dalam kandungan adalah bayi lelaki dan Alhamdulillah saya gembira sangat.
"Saya memang mengharapkan
untuk mendapat bayi lelaki sebagai pelengkap keluarga kami," katanya
ketika ditemui pada pertandingan akhir Ceria Popstar, di sini, Ahad.
Ayu Nazirah Menjadi Penjaga Nurul Wahab
Tambah Nurul Wahab, anak pertama hasil
perkongsian hidup bersama komposer Ajai, Ayu Nazirah yang kini sudah berusia 15
tahun bertindak menjadi penjaganya sepanjang mengandung.
"Ayu sangat gembira nak
dapat adik, dia yang banyak jaga saya di rumah. Kalau apa sahaja saya tidak
buat dia akan membebel," katanya.
Tambah Nurul, dia juga sudah
membeli barang keperluan bayi sebagai persediaan awal.
"Memang orang kata tidak
elok kalau beli awak-awal barang bayi, tapi sekarang sudah masuk enam bulan
mungkin sudah boleh beli sikit-sikit.
"Lepas dapat tahu bayi
lelaki saya tidak terlalu ghairah membeli kerana barang bayi lelaki tidak
banyak pilihan seperti bayi perempuan," katanya.
Nurul Wahab Sambut Raya Aidilfitri Di Perancis
Sementara itu, Nurul Wahab berkata, dia
akan bercuti ke rumah mertuanya di Perancis pada Isnin ini selama sebulan dan
menyambut Hari Raya Aidilfitri di sana.
"Saya sengaja bercuti dan
kesempatan itu juga saya ambil untuk belajar bahasa Perancis dan mempraktikkan
di sana.
"Kalau di Malaysia sudah
beberapa kali saya ambil kelas tetapi tidak dipraktikkan hingga terlupa,"
katanya.
Nurul dan Depp yang merupakan
perunding kesihatan warganegara Perancis telah mendirikan rumah tangga pada 6
Jun 2012.
Penyanyi itu juga mempunyai
seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah, 15, hasil hubungan dengan suami
pertama, penyanyi dan komposer, Ajai. - Mstar Online
VIDEO MAJLIS PERNIKAHAN NURUL WAHAB & ERIC DANIEL DEPP
Mohd Rohaizad - Anak Nurul Wahab dan Ajai iaitu Ayu Nazirah dah besar dan telah berumur 15 tahun. Jauh beza juga kan nanti? Nampaknya rezeki Nurul Wahab dan Eric Daniel Depp bakal menerima anak lelaki pada tahun ini, Insya Allah. Kami para peminat industri hiburan mendoakan yang terbaik untuk Nurul Wahab sekeluarga dan diharap juga tiada masalah untuk bersalin nanti. Kami tunggu gambar anak Nurul Wahab bakal mengikut wajah siapa nanti ya?
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.