Atlet Perempuan Bola Baling SUKMA 2013 Kena Rogol Bergilir-Gilir Oleh Rakan Sendiri
Mohdrohaizad.com terkejut juga membaca berita mengenai kes rogol yang melibatkan atlet SUKMA. Ternyata kes ini menjadi tajuk perbualan yang hangat buat masa kini. Dimana silapnya? Kenapa atlet-atlet dibiarkan bebas bersendirian? Malah minuman keras juga turut diminum diperkampungan SUKMA UPM!
Kes Rogol Atlet SUKMA Ke-16 Tahun 2013
Tiga atlet bola baling, berumur
antara 18 dan 19, telah ditahan berhubung kes rogol rakan sepasukan daripada
skuad wanita.
Ketiga-tiga remaja itu ditahan
sehari selepas mangsa membuat laporan polis pada Rabu.
Timbalan Ketua Polis Daerah
Serdang, Supt Lam Chin Fei berkata, ketiga-tiga remaja lelaki itu ditahan reman
sehingga 11 Julai ini bagi membantu siasatan.
"Kami mengklasifikasikannya
mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
"Mereka boleh berhadapan
dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan
kesalahan," katanya.
Gadis itu yang berumur 19 tahun,
yang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (Sukma), mendakwa dia dirogol di
perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 3 Julai.
Gadis itu mendakwa telah keluar
minum dengan beberapa rakan sepasukan pada malam dia didakwa dirogol.
Perkara seterusnya yang
disedarinya apabila dia berbogel dan ditindih oleh seorang lelaki pada
kira-kira pukul 4 pagi.
Dia mendakwa dirinya berada dalam
keadaan separuh sedar apabila ketiga-tiga remaja itu merogolnya secara
bergilir.
DSP Lam menggesa sesiapa yang
mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi hotline polis di 03-2052
9999 atau berkunjung ke balai polis berhampiran.
Polis Siasat Kes Rogol Di Kolej Kediaman UPM
Majlis Sukan Negara (MSN), selaku penganjur temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-16, akan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes rogol seorang atlet yang dilaporkan berlaku semasa temasya itu, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zolkples Embong.
"Saya pun baru diberitahu mengenai perkara itu pagi ini. Mengikut laporan (sebuah akhbar tempatan), ia sudah menjadi kes polis, jadi kita serahkan kepada polis untuk lakukan siasatan.
"Kes seumpama itu pertama kali berlaku dalam sejarah temasya Sukma dan ia mencemarkan imej Sukma kali ini," kata Zolkples, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukma 2013, pada sidang media di Pusat Media Utama Sukma, MSN Bukit Jalil di sini, Ahad.
Media melaporkan seorang atlet bola baling telah membuat laporan polis mendakwa dirogol sekumpulan atlet lelaki di Perkampungan Sukan Sukma 2013 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Rabu lepas.
Akhbar pada Ahad melaporkan remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.
Polis Tahan 3 Suspek Rogol Iaitu Atlet SUKMA
Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan susulan itu, polis menahan tiga atlet semalam untuk membantu siasatan.
Zolkples berkata, pihaknya mendapat kerjasama polis dan UPM dalam memastikankawalan keselamatan terjamin di Perkampungan Sukan.
Beliau berkata, pegawai keselamatan hanya mengawal di persekitaran kawasan Perkampungan Sukan dan tidak melakukan pemeriksaan dari bilik ke bilik atlet.
"Kita mempunyai hampir 4,000 atlet di Perkampungan Sukan, tidak mungkin kitamemeriksa setiap bilik. Kita juga mengadakan pengasingan blok mengikut jantinabagi tujuan keselamatan," katanya. - Bernama
*Gambar isu rogol yang dipaparkan diatas adalah gambar hiasan, harap maklum.
Mohd Rohaizad - Nampaknya kes atlet perempuan berumur 19 tahun kena rogol bergilir-gilir oleh rakannya sendiri mendapat perhatian satu Malaysia. Menjadi kemusykilan di sini ialah adakah kolej kediaman untuk atlet lelaki dan perempuan tidak diasingkan? Adakah atlet-atlet ini tidak dipantau oleh pihak yang diberi tanggungjawab untuk mengawal mereka? Dah jadi kes polis barulah nak ambil tindakan, isu rogol ini memang memalukan imej Malaysia umumnya dan khasnya kepada penganjur SUKMA dan pihak yang terlibat.
Ulasan
Catat Komen
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.