Biodata Elfaeza
Ul Huq | Gambar | Gosip Percintaan Terkini?
Blog Hiburan mohdrohaizad.com - Siapa sebenarnya Elfaeza Ul Haq? Bagi yang belum tahu, Elfaeza Ul Haq ialah artis Singapura yang melakonkan watak Azie dalam drama Adam & Hawa di televisyen. Namanya semakin meningkat di dalam drama Malaysia sejak tahun 2012.
Nama: Siti Elfaeza Binte Mohmed Ehsan Ul Haq
Bangsa: Pakistani – Pakistani/Malay (Kacukan)
Asal: Singapore
Tarikh Lahir: 21 September 1985
Tinggi/Berat: 1.60 m/ 50 kg
Warna Mata: Coklat Gelap
Bahasa: English, Malay
Bakat: Acting, Singing, Hosting
Gosip Artis: Elfaeza Ul Huq & Sharnaaz Ahmad Bercinta?
Pelakon dari Singapura iaitu Elfaeza Ul Huq menepis gosip
kononnya dia mempunyai hubungan cinta dengan (Gambar Artis) Sharnaaz Ahmad sebaliknya hubungan
itu tidak lebih daripada kawan biasa.
(Gambar Artis) Elfaeza Ul Huq, 28 tahun, berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu
mengenai gosip tersebut dan menyifatkan cakap-cakap itu timbul mungkin kerana
kemesraan mereka di set penggambaran drama Mukhlis terbitan Saphire Screen baru-baru ini.
"Mana ada kami bercinta. Tapi kalau bercinta dalam drama Mukhlis memang betul.
"Mungkin gosip ini timbul kerana ada pihak melihat
kemesraan kami di set penggambaran tetapi semua itu sekadar mahu menghayati
watak sahaja Saya harap dengan penjelasan ini tiada lagi cakap-cakap mengenai
perhubungan kami," kata Elfaeza Ul Huq menafikan bercinta dengan Sharnaaz Ahmad.
Elfaeza Ul Huq Pakai Baju Raya
Elfaeza ditemui pada pelancaran koleksi baju raya terbaharu
daripada pereka Azura Azwa di Rafflesia, Hotel Park Royal di sini, pada Khamis.
Drama Mukhlis arahan Faizal Loy akan disiarkan pada
sambutan Aidilfitri nanti di saluran RTM.
Dalam pada itu aktres berkenaan bersama empat lagi selebriti
baharu iaitu Fify Natasha, Reen Rahim, Mimie Ernida dan Ezzaty turut
menggayakan baju Hari Raya rekaan adik beradik iaitu Azura dan Azwa.
"Saya bersyukur sangat apabila diberi peluang menggayakan
rekaan terbaharu itu. Memandangkan saya masih lagi baru dalam dunia seni
tempatan, ia sedikit sebanyak dapat memperkenalkan lagi nama saya kepada umum
menerusi majlis ini," ujarnya.
Koleksi Baju Hari Raya Aidilfitri
Sementara itu, Azura, 29 tahun, berkata, koleksi Hari Raya pada kali
ini lebih memberikan fokus gaya ‘retro’ moden.
"Kami mengambil inspirasi daripada seniwati Saloma yang
memiliki ciri-ciri gaya klasik. Imej klasik itu kami memperkemaskan dengan
rekaan moden menggunakan fabrik jenis ‘brocade’, sifon, ‘crepe’ dan sutera
satin," kata Azura.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan koleksi Hari Raya
Azura Azwa boleh datang ke butik mereka Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) di sini
atau layari Facebook label berkenaan. - Mstar Online
VIDEO ELFAEZA UL HUQ SEKSI MEMBUAT SENAMAN
Mohd Rohaizad - Anda telah membaca serba sedikit tentang Elfaeza Ul Huq, adakah dia akan menjadi bintang popular di Malaysia? Drama-drama yang dilakonkan oleh Elfaeza Ul Huq juga mendapat respon yang baik oleh para peminat artis di sini. Walaubagaimanapun, kami mendoakan semoga Elfaeza Ul Huq berjaya dan sukses selalu dalam industri hiburan di Malaysia.
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.