Biodata Hanez Suraya | Profil | Gosip Terkini
Blog Hiburan Mohdrohaizad.com kali ini menampilkan Hanez Suraya menghiasi biodata profil di dalam blog ini. Hanez Suraya merupakan artis Melayu yang serba boleh dan mulai hangat dengan kontroversi percintaannya yang dikatakan telah putus di tengah jalan. Siapa bekas kekasihnya? Tentulah Awi Rafael yang telah digosipkan dengan banyak artis selebriti wanita yang lain. Baiklah, dibawah merupakan serba sedikit tentang maklumat Hanez Suraya dan gosip cerita terbarunya.
Biodata Profile Hanez Suraya
Nama penuh : Hanez Suraya Abd Aziz
Nama komersial : Hanez Suraya
Umur : 28 tahun (2013)
Tarikh lahir : 22 Ogos 1985
Berasal dari : Kuala Lumpur
Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) & Belajar separuh jalan di Stamford College, Petaling Jaya.
Kerjaya : Sebagai Pelakon Sepenuh Masa
Kekasih: Awi Rafael (Bekas), Syed Ali (Bekas)
Lakonan Filem / Drama : 3 Janji , Suri, Dalam Hati Ada Taman (DHAT), Sedetik Cinta (TV3 - 2013), Autumn Di Hatiku & lain-lain lagi.
Lakonan Filem : Bicara Hati & lain-lain lagi.
Hanez Suraya Akui Pernah Liar Suatu Ketika Dahulu
Gosip Hangat Terkini Hanez Suraya
Pelakon Hanez Suraya mengakui masih gagal untuk melupakan bekas kekasihnya, penyanyi (Gambar Artis) Awi Rafael biarpun hampir sebulan hubungan cinta mereka berakhir.
(Gambar Artis) Hanez Suraya, 28 tahun, berkata, dia kini dalam proses memulihkan kembali semangatnya selain berusaha untuk menyesuaikan hidup bersendirian.
“Susah untuk melupakan dia kerana saya benar-benar sayangkan dia, namun saya perlu terima keputusan ini.
“Sebelum buat keputusan untuk putus hubungan, kami sudah berpisah lama dan dalam tempoh sebulan itu kami cuba untuk perbaiki hubungan tersebut tetapi gagal,” kata Hanez Suraya yang turut menafikan kehadiran atau campur tangan orang ketiga dalam hubungan mereka. - Sinar Harian.
VIDEO UCAPAN HANEZ SURAYA KEPADA PARA PEMINAT
Mohd Rohaizad - Begitulah kisah tentang maklumat biodata/profil Hanez Suraya secara ringkas yang masih tidak dapat melupakan bekas kekasihnya Awi Rafael. Apa yang istimewanya tentang Awi Rafael ini? Apa yang telah mereka lakukan sehingga Hanez Suraya seperti gila angau kepadanya. Malah Shila Amzah pun pernah dikaitkan dengan Awi Rafael. Hebat kan?
Ulasan
Catat Komen
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.