Biodata Hazama Af9 | Profil |
Gosip Terkini
Blog Hiburan Mohdrohaizad.com kali ini memaparkan maklumat biodata profil bintang Akademi Fantasia 9 iaitu (Gambar Artis) Hazama yang juga merupakan bekas juara AF9. Lama kita tidak dengar cerita terbaru tentang Hazama. Tidak lama lagi Akademi Fantasia akan mengegar kembali lagi ke udara. Penulis ingat Akademi Fantasia ini sudah tamat sepenuhnya. Dibawah juga dipetik gosip terkini Hazama yang dikatakan POYO! Betul ke Hazama ini poyo?
Nama Sebenar: Hazama Bin Ahmad
Azmi
Nama Artis: Hazama
Tempat Asal: Keramat, Kuala Lumpur
Umur: 27 tahun
Pekerjaan: Artis, Model, Penyanyi, Pelajar UUM
Berikan Perkara menarik tentang Hazama:
Seorang yang peramah, ceria,
kadang-kadang banyak cakap, senyum, pemarah dan nakal.
Perkara yang Hazama pernah buat,
tetapi orang lain tidak?
Masa belum cukup matang dulu saya
suka buat benda-benda yang pelik-pelik. Tapi sekarang ni saya ikut je apa yang
berlaku di sekeliling saya.
Jika Hazama diberi peluang berduet dengan
artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa?
Once (Dewa), sebab saya minat
sangat dengan Once.
Pengalaman Hazama menyanyi sebelum
memasuki Akademi Fantasia?
Pernah menyanyi menyanyi hampir
seluruh Malaysia sebab saya dapat sertai program Gempak Desa yang di anjurkan
oleh Astro..
Kenapa anda menyertai Akademi
Fantasia?
Saya ingin sertai AF kali ini
sebab Amy search dan kali ni AF yang terakhir. Jadi, mungkin saya takkan dapat
peluang untuk masuk AF lagi.
Jika Hazama tidak dapat menyertai Akademi
Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang?
Saya masih menyanyi untuk Astro
dan mungkin masih menyanyi dengan Meet Uncle Hussein sebagai penyanyi
sementara..
Gosip Terkini: Hazama Poyo?
Penyanyi yang
sedang popular dengan lagu ‘Relakan Jiwa’, Hazama Ahmad Azmi menjelaskan dia
kurang gemar jika ada orang melabelkan dirinya sebagai ‘poyo’.
“Sebelum ini
pernah timbul isu orang mengatakan saya ‘poyo’. Mungkin timbul salah anggap
dengan sikap saya yang selalu berlawak dan gembira ketika di atas pentas
sebagai sesuatu yang ‘poyo,” jelas Hazama yang merupakan juara Akademi Fantasia
9.
“Kita mahu
berhibur sahaja, mungkin kita harus bersikap ‘poyo’ di atas pentas.
Kadang-kadang terpaksa ‘poyo’ atas pentas kalau itu membuatkan sesetengah orang
gembira. Apabila timbulnya perkara ini, maka dengan sebab itulah keluarnya lagu
dan album ‘Penglipur Lara’ ini,” jelas Hazama ketika ditemui di ‘showcase’ dan
majlis pelancaran album pertamanya yang berjudul ‘Penglipur Lara’ di Auditorium
Muzik Bentley, Damansara baru-baru ini.
Album Hazama - Pop Rock
Album pertama
Hazama ini mengandungi sembilan buah lagu dan menampilkan konsep yang begitu
sebati dengan diri Hazama iaitu Pop Rock. Album ini menampilkan hasil nukilan
komposer dan penulis lirik terkemuka tanah air seperti Audi Mok, Omar K,
Manusia Putih, Cat Farish dan Mike Chan. Apa yang istimewanya mengenai album
ini, Hazama juga tampil dengan sebuah lagu yang dicipta sepenuhnya olehnya yang
berjudul ‘Dengarlah’.
“Setelah
sekian lama berkecimpung dalam arena seni tanah air, penantian saya selama
tujuh tahun untuk memiliki album sendiri akhirnya tamat. Akhirnya sempurna juga
hasrat saya untuk mempunyai album solo sendiri. Setinggi-tinggi penghargaan
saya hulurkan buat pihak pengurusan, para komposer dan penulis lirik yang
menjayakan album ini. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada keluarga dan
‘Hazama Recruits’ yang tidak henti-henti memberikan sokongan moral kepada saya
dari dulu hingga kini,” jelas Hazama yang pernah muncul dalam filem ‘Apa Celop
Toqq’.
Kisah Cinta Hazama
Mengulas
mengenai hubungan cintanya, Hazama menjelaskan yang hubungannya bersama si dia
masih lagi berjalan seperti biasa namun buat masa ini, Hazama ingin menumpukan
fokusnya dalam membina lapangan kerjaya dalam bidang seni.
“Kami masih
seperti biasa dan saya bertuah kerana dia sangat memahami saya. Saya masih
belum memikirkan lagi soal perkahwinan. Kini, biarlah saya menumpukan sepenuh
perhatian kepada perjalanan kerjaya saya,” jelas Hazama yang bakal berlakon
dalan filem terbitan Excellent Pictures yang berjudul ‘Hantu Nan Sempit’ di
samping aktor Sofi Jikan. - Portal Gua.com.my
VIDEO MUZIK HAZAMA - AKU MAU DIA (OST. APA
CELOP TOQQ)
Mohd Rohaizad - Begitulah serba sedikit maklumat biodata profil tentang bekas juara Akademi Fantasia 9 iaitu Hazama. Hazama masih lagi belajar di UUM sambil itu bernyanyi di masa lapangnya. Tentang gosip Hazama poyo itu hanyalah khabar angin mungkin ketika ada yang tidak tahu perangai Hazama yang sememangnya ala happy go lucky.
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.