Biodata Talha Harith | Profil | Gosip Terkini
Blog Hiburan Mohdrohaizad.com memilih Talha Harith sebagai menghiasi laman biodata artis yang terkenal sebagai aktor dalam bidang lakonan. Nama Talha Harith mulai mendapat perhatian dan menjadi bualan mulut terutamanya kepada para peminatnya di Talha Harith FC. Baiklah, dibawah merupakan biodata profil dan gosip terkini mengenai Talha Harith secara ringkas. Diharap anda semua terhibur mengenali Talha Harith.
Nama Sebenar : Talha Amir Harith
Nama Artis: Talha Harith
Tarikh Lahir : 11 Februari 1982
Umur: 31 Tahun (2013)
Asal : Johor Bahru.
Drama Lakonan Talha Harith :
Gemilang (TV3), Cik Ah Cik Nin
(Prima), Keranamu Laila (TV3), Langit Semalam (RTM), Juvana (TV3), Galau (TV2),
Tudung Ekspress (Prima), Habil Dan Qabil, Putera Siput, Iktikad Ahad (TV3),
Cinta Elysa (TV3)
Promo: Saksikan Tanah Kubur ( siri 2 ) setiap Jumaat 7.30 malam saluran 106 Astro oasis
Klik:- Fan Page Facebook Talha Harith FC
Klik:- Twitter Talha Harith
Jika anda berminat untuk menghubungi Talha Harith, sila email ke: talhaamir2@gmail.com
Gosip Hangat Terkini: Talha Harith Tutup Restoran Kerana Kawan Khianat?
Pelakon (Gambar Artis) Talha Harith yang mengusahakan restoran Port Bistro mengakui terpaksa menutup perniagaannya itu ekoran dikhianati seorang individu.
Bagaimanapun, Talha Harith, 31 tahun, berkata, penutupan itu hanyalah sementara bagi mencari lokasi restoran yang baharu.
"Ya restoran saya tutup sementara sejak awal bulan lalu kerana masih mencari tempat baru, dah jumpa tempat tapi lokasi pula tidak strategik.
"Saya malas nak cerita fasal kenapa ia ditutup cuma apa yang saya katakan ia adalah kerana seorang hamba Allah yang dengki dengan saya. Saya pun malas nak kecoh-kecoh pasal perkara ini," katanya kepada mStar Online, di sini, Ahad.
Cawangan Restoran Talha Harith Masih Buka
Talha berkata, restoran yang berkonsepkan kafe bistro ini dibuka sejak Oktober tahun lalu di Jalan Genting Kelang, Setapak dan mendapat sambutan yang menggalakkan.
"Saya jalankan operasi restoran ini hampir setahun, saya ada kawan yang bertindak membantu dalam segala hal operasi restoran ini.
"Ini kerana saya banyak fokus pada bidang lakonan dan kalau ada kelapangan atau selepas shooting barulah saya ada di kedai," katanya.
Tambahnya, ia menganggap perkara tersebut merupakan ujian dan risiko dalam menjalankan sebuah perniagaan.
Drama Menjinak Ombak - Terbaru Talha Harith
"Yang tutup adalah restoran Port Bistro tapi saya masih ada lagi tiga cawangan yang berkonsepkan gerai masih beroperasi di sekitar Taman Dagang dan Bandar Baru Ampang.
"InsyaAllah saya yakin dalam masa terdekat restoran tersebut akan beroperasi semula," katanya.
Dalam perkembangan lain, Talha sedang menjalani penggambaran drama Menjinak Ombak untuk slot Zehra di TV3. - MStar Online
VIDEO KONTROVERSI TALHA HARITH - FAKE FACEBOOK
Mohd Rohaizad - Begitulah maklumat biodata profil Talha Harith secara ringkas. Wah! Talha harith bukan sekadar aktor tetapi juga anak Melayu Serba Boleh dalam perniagaan makanan! Mengenai cerita tentang restorannya yang ditutup gara-gara kawan khianat, kami berharap Talha Harith banyakkan bersabar dengan dugaan yang menimpa. Penulis hanya boleh nasihatkan Talha Harith berhati-hati dengan rakan sendiri, banyak yang cuba hendak mengambil kesempatan. Terkini Talha Harith akan keluar dalam Drama Menjinak Ombak, jangan lupa saksikan di TV3 dalam slot Zehra.
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.