Datuk Seri
Reezal Merican Kahwin Tiga? Betul Ke?
mohdrohaizad.com - Siapa tidak kenal Datuk Seri Reezal Merican? Beliau merupakan suami kepada pelakon Sharifah Noorhaslinda, malah merupakan ahli politik Malaysia yang dikenali kawan dan lawan. Kali ini merupakan gosip diantara Datuk Seri Reezal Merican berkahwin dengan Mas Anizan. Betul ke? Namun gosip ini telah dinafikan oleh Datuk Seri Reezal Merican sendiri. Macam mana gosip ini boleh timbul ya? Selepas ini kita tanya Mas Anizan pula, adakah betul Mas Anizan berkahwin dengan Datuk Seri Reezal Merican? Dibawah merupakan sumber daripada Media Hiburan Online.
Reezal Merican & Mas Anizan Berkahwin?
Ahli Parlimen Kepala Batas yang juga suami kepada
pelakon (Gambar) Sharifah Noorhaslinda, (Gambar) Datuk Seri Reezal Merican menafikan dakwaan
beberapa laporan di internet yang mana dirinya telah berkahwin tiga dengan
seorang bekas artis, (Gambar) Mas Anizan.
“Laporan itu tak betul. Ia fitnah semata-mata. Saya
masih bersama isteri pertama saya (Ismalina Ismail) dan isteri kedua (Sharifah
Noorhaslinda). Kedua-dua perkahwinan saya itu menerusi 'direct
negotiation' bukan menerusi tender, tau!
“Saya ada dua dapur, dua rumah dan anak tujuh. Ada
orang mempunyai satu rumah tetapi banyak restoran,” tambah Datuk Seri Reezal Merican yang berseloroh.
Dalam pada itu, Reezal meminta laporan tersebut
ditarik balik apabila menyedari dakwaan tersebut adalah tidak benar sama
sekali.
VIDEO MAS ANIZAN - LAGU DALAM AIR KU TERBAYANG WAJAH REEZAL MERICAN
Mohd Rohaizad - Betul ke Datuk Seri Reezal Merican sudah kahwin tiga? Isteri ketiganya dikatakan bekas artis iaitu Mas Anizan. Wah! Datuk sudah kahwin tiga! Artis memang menjadi pilihan orang politik untuk dijadikan isteri, kan? Cuba senaraikan orang politk yang berkahwin dengan artis. Tidak terkira banyaknya kan? Datuk Seri Reezal Merican menafikan gosip ini dan mendakwa ia merupakan fitnah. Khabar angin bertiup kenyang, cuma penulis tidak dapat kesan siapa penyebar utama dalam gosip. Jika benar, tahniah Mohd Rohaizad ucapkan kepada Datuk Seri Reezal Merican dan selamat pengantin baru buat kali ketiga.
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.