Elaine Daly Dilantik Mentor Miss
Universe Malaysia 2014!
Mohdrohaizad.com memetik info terkini daripada Murai Batu di Portal Murai, selebriti popular Elaine Daly telah berjaya dilantik menjadi Mentor Miss Universe Malaysia 2014. Siapa tidak kenal Elaine Daly? Pengacara rancangan tv iaitu Bella. Elaine Daly memang layak menjadi mentor kepada Miss Universe Malaysia kerana pengalamannya memang terlibat dalam industri hiburan dan dunia kecantikan.
Gambar Elaine Daly Peserta Miss Universe Malaysia 2003
Model, pelakon dan pengacara Elaine Daly kerana
dilantik menjadi mentor serta penasihat kepada peserta Miss Universe 2014. Khabarnya
perlantikan anchor program Bella ini dilakukan berdasarkan kepada pengalaman
serta pencapaian Elaine Daly sebagai Miss Malaysia World 1999 dan Miss Malaysia Universe
2003.
Dengan peranan baru yang dipegangnya itu Elaine Daly yang
memiliki kerjaya profesional sebagai seorang peguam ini juga bakal
memperkenalkan pencarian The Next Miss Malaysia Universe Malaysia 2014.
Elaine Daly juga akan memastikan bahawa pada The Next Miss Malaysia Universe Malaysia 2014
ini nanti adalah hip, urban, relevan dan real. Besar juga peranan Elaine
Daly yang dimainkan kan?
Biar Miss Universe Malaysia Cantik dan Bijak
Diharap sesiapa yang dipilih nanti, biarlah seorang wanita yang boleh
diklasifikasikan sebagai "beauty with brain" sepertimana Elaine Daly sendiri.
Elaine Daly adalah contoh terbaik yang boleh dijadikan ikon oleh
kebanyakan gadis-gadis di luar sana kerana dia telah membuktikan bahawa gadis
yang jelita bukan sekadar bimbo semata-mata tetapi jugak bijak.
VIDEO MISS UNIVERSE MALAYSIA SEJAK TAHUN 1962-2013
Mohd Rohaizad - Tahniah diucapkan kepada Elaine Daly kerana berjaya dilantik menjadi mentor Miss Universe Malaysia 2014. Diharap peserta-peserta yang dibawah mentor Elaine Daly adalah cantik dan bijak. Jangan pula sekadar cantik tetapi otak ada kat lutut nanti tidak kemana.. Dah tentu ke laut.
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.